Saturday, September 14, 2013

A Promise.

Selamat malam. Alhamdullilah. selamat sudah berada di bumi Penang tercinta. selamat sudah menjalani seminggu di bumi Universiti Sains Malaysia dengan baiknya, girang gembiranya, suka cerianya. Alhamdullilah. segalanya seakan sempurna. malah, sesi 'add drop' juga berjalan dengan begitu lancar dan baik-baik saja. Guess what? I am a new me for this semester. I am trying to be much better, always think positive, and be positive, and wanna be a positive person. Allah suka bila kita berusaha. Berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Alhamdullilah.



A Promise---
Tajuk kali ni tak nak kalah, kan? tapi, itulah hakikatnya. A Promise to Myself---



Sebenarnya, tak ada apa pun yang menarik sangat pasal aku ni. I am just an imperfect person, dreaming for a happy life, a perfect and awesome life, in future. Tapi, satu aje masalah aku. aku terlalu ikutkan hati, perasaan dan nafsu kalau aku nakkan sesuatu. apa yang aku nak, semuanya, aku perlu jugak dapatkan. by hook or by crook, aku kena jugak dapatkan benda tu. no matter what. yeah. NO MATTER WHAT




online shopping's obsession---
cakap aje jenama butik online mana yang famous amos *alamak. mengidam cookies famous amos pulak dahhhh* dekat facebook tu. mesti aku terjah takde esok-esok. dah tengok-tengok ---> scroll habis atas bawah page dia ---> then ada yang berkenan ---> pergi ATM ---> terus bankin.




itulah masalah aku---




A Promise---
untuk semester kali ni, aku nak kurangkan semua tu. taknak dah terjebak lagi dengan gejala-gejala kurang sihat ni. buat perabis duit aje. belom lagi kena bebel dengan parents, termasuk encik Fakha dan adik aku. haaa. tahan telinga aje mampu. nak buat macam mana kalau dah hobi? 
T_________________T




biasanya, aku suka beli baju kurung custom-made dekat butik-butik online. SUKA. sebab probabiliti nak pakai baju kurung yang sama design dengan makhluk Tuhan yang lain adalah rendah. ya, itulah yang aku fikir. aku sukakan something limited. yang tak sama dengan orang lain. Tapi. Ada jugak masalah dia. aku pergi kelas sana sini, lebih selesa pakai jeans dengan kemeja, tak pun t-shirt,, atau apa-apa saja. bukannya baju kurung yang aku beli mahal-mahal, harga beratus tu. paling sadis, aku pakai baju-baju tu semua, sekali aje, masa ada event. paling banyak pun, dua kali masa raya yang lepas. haha. gila. 




cakap aje, butik online mana. MinazBoutique Studio? LeeyanaRahman Collection? Alshawls? Zawara? Nurul Wonder Wardrobe? butik-butik online dekat Instagram pun termasuk jugak. addicted terbaru aku, bawal satin yang banyak terjual dekat butik online Instagram. termasuk ni, aku dah ada lapan tudung bawal satin, antara butik famous Instagram kegemaran aku, NeddyBlossom. bukan tu aje, dah banyakkkkkk aku beli barang dekat Instagram tu ha. tiap hari stalk kemain. menyampah.




dah janji. tak nak beli baju kurung online lagi. dah terlaluuuuuuu banyak. wardrobe dekat rumah dah tak mampu nak menampung baju-baju tu semua. kena buat preloved lah gamaknya. haha. tipu! tapi, masalahnya. obsesi aku dah beralih ke arah lain. handbag! haha. untuk kali ni, aku ada lima handbag baru dari Bonita (Queensbay Mall, Penang), tapi aku baru guna satu. tu pun yang dapat free sebab beli banyak sangat. yang kena bayar mahal-mahal tak usik lagi. haha, gila. 




handbag dah terlebih dari cukup. sekarang ni, ada satu lagi masalah aku. baju-baju biasa yang sesuai untuk aku pakai pergi kelas. pakai baju yang sama aje boring jugak, kan? haha. gila. aku baru je meLejen dekat kedai LejenPressShop dekat tiga helai baju T-shirt. semua salah adik aku sebab beli baju dorang yang gila ohsem cantiknya tu. then, ada lagi satu baju yang aku tengah tunggu untuk sampai ke tangan aku, special from JOHO Concept. apa lagi, baju JOHO broooooooooo!! itu aku paling excited tak sabar nak pakai. wahaha ;D *saya Johorean, saya bangga pakai baju JOHO dekat USM, Penang* sila lempang teddybear aku laju-laju.




dah. Promise. tu yang last beli online. promise promise promise. tak akan ada lagi untuk semester ini.
I am deadly serious. ohkay? semuanya dah cukup dah untuk semester ni. semuanya dah tercapai. Novel pulak? ada empat buah lagi yang aku belum baca. masih berplastik. kemas. belum dibogelkan. oh tidakkkkk!!




sebagai persediaan awal:




ni tabung. aku simpan lima puluh sen aje kat dalam ni. termasuklah kad bank Islam aku. haha.
aku takut nak bawak pergi mana-mana. *depends on situation*
ada juga terfikir nak beli peti besi. simpan kad bank dalam tu.
then buat-buat lupa apa nombor pin. time nak buka peti besi, kena pakai bom. harhar.


sila jangan rompak.
Janji tetap Janji. Janji ditepati! 



okay. tu jelah yang aku mampu nak type setakat malam ni.
selamat malam wahai makhluk Bumi!



A Promise. I will kept that promise.
Promise!





No comments: