Thursday, July 4, 2013

Review Novel: Skandalous Ika!

Assalamualaikum. salam menjelang Ramadhan---



sebenarnya, dah lama dah aku teringin nak hapdate belog sejak semalam dan semalam dan semalam lagi. tapi, malangnya, kabel telefon dekat kawasan perumahan tempat aku ni kena curi. baru seminggu TM pasang kabel, dah kena curi lagi. hm, sabar ajelah. nak buat macam mana. dah memang itu tugas TM, dah memang jadi rutin untuk ayah aku call TM bila benda-benda macam ni berlaku, dan dah jadi ketagihan pulak bagi si pencuri untuk mencuri lagi lagi lagi dan lagi.




tak mengapa. kalau dekat dunia ni awak terlepas, kat akhirat nanti terimalah balasannya. semoga awak sempat bertaubat, ya? janganlah buat lagi. menyusahkan ramai sangat orang, tahu? ayah stuck. tak dapat nak buat kerja office. aku? tak dapat nak tengok resepi masakan online. tak dapat nak main candy crush. tak dapat nak check email. tak dapat nak tengok butik online. dan lain lain lain lagi. kebetulan pula masa tu tak ada elektrik selama sehari. wi-fi pun tak ada. memang tak jadi apa. last-last, ikut ayah keluar. ayah pergi kerja, aku melepak dekat mall sorang-sorang. desperate sangat. duduk rumah tak keruan jadinya. aigoo.




okay, back to the main point. aku nak share sikit pasal satu lagi novel keluaran Adiwarna ni. dulu, aku memang tak pandang langsung novel guna kertas kuning-kuning ala-ala kertas kitar semula tu. serious, aku tak suka. tapi, sejak aku jatuh cinta dengan novel pertama Adiwarna yang paling-aku-sayang-sampai-sekarang, aku tak teragak-agak lagi nak beli novel keluaran Adiwarna. jalan cerita dia kebanyakannya memang best. dan ada trademark sendiri. kalau korang beli banyak-banyak novel keluaran Adiwarna, korang tahulah sendiri apa trademark yang aku maksudkan tu, ohkay?




ni novel tu. dan aku dah habis baca dah pun. best!






sinopsis:

Hati perempuan mana yang tak cair kalau ada lelaki muda, kacak, berpendidikan tinggi dan kaya raya mengucapkan cinta. Siap mahu melamar lagi. Boleh senaraikan hantaran-hantaran kahwin yang dia mahu. 'Unlimited' bajet!

Tapi... bagaimana kalau lelaki itu suami orang?





****



serious talk. jalan cerita memang menarik. kaki novel should have this. sekali sekala baca novel lain daripada yang selalu seronok jugak tau! dan sekarang ni, aku tengah on the way nak habiskan lagi satu novel baru yang baru je aku beli hari tu. ala, masa takde elektrik dekat rumah tu. haaa, kita pergi bookstore lah. cari novel baruu. padahal, ada lagi dua novel belum terusik. ekeke. esok-esoklah pulak, ye tak? ;)




kalau nak beli novel kat atas tu secara online, meh sini. klik link kat bawah ya?



thanks for reading, guys!







1 comment:

~batrish♥~ said...

kena baca hlovate juga ni.hihi =)