Friday, July 5, 2013

Review Novel: Gadis Edisi Terhad

Salam Jumaat fellas!



Hari ni, hari Jumaat yang terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan minggu hadapan. excited tak excited takk? haaa, mestilah excited! tapi sejak duduk rumah ni, hari-hari dah terasa macam bulan Ramadhan pulak. tak adalah makan sangat pun. paling tak pun makan masa makan tengahari dengan makan malam aje. setiap kali bangun tidur je mesti terasa macam, 'eh, dah masuk bulan puasa ke ni?', 'eh, belumlah. minggu depan baru puasa'. haha. pelik-pelik aje aku ni. 




makanya, hari ni, aku nak hapdate pasal novel lagi. novel yang dah pun aku khatam-kan malam tadi. around 4 am baru tidur. arghh. dah terbawa-bawa pulak tidur lambat sama macam masa study week hari tuu. tapi bezanya, dah tak pandang kipas siling kat hostel. pandang kipas siling dekat rumah pulak. beza sangat dah tu. hehe.




novel kali ni :




Gadis Edisi Terhad karya Rin Ahmad ((:


Sinopsis:


Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”




****




serious. semua benda pun mesti edisi terhad. semua benda ohkay. walaupun terpaksa pergi luar negara pun sanggup. berhabis wang ringgit beribu-ribu demi seutas jam tangan edisi terhad pun sanggup. bayar dua kali ganda untuk harga sebotol minyak wangi yang dah di-reserved-kan pun sanggup. asalkan semua benda mestilah EDISI TERHAD! gila. ada ke manusia jenis macam ni dekat atas muka bumi ni? heh, bukan Krypton tau. bumi. I guess, mesti ada aje jenis manusia macam ni. tak kisah berbelanja berapa juta sekali pun untuk dapatkan sesuatu yang tak mampu dimiliki oleh orang lain. Oh, how I wished to be a millionaire! harhar :P




apa pun, bagi aku, mula-mulanya jalan cerita dia agak boring. tapi, lama-lama rasa boleh tahan jugak cerita ni. kaki novel should have this! (heh, ayat sama aje kat setiap entri review novel :P ) bagi aku novel ni lain daripada yang lain. best! boleh tahanlah. thumbs up Rin Ahmad!





oppps. sorry. tuan tanah nak interframe sikit.
aku baru je tahu baru-baru ni bahawasanya-----
separuh dari aku ni, berdarah Minangkabau!
ohmai.




orang nogori.
duduk Johor.




No comments: