Saturday, July 6, 2013

Libresse: Warmer Bag Comel!

Assalamualaikum, salam sejahtera ((:




hari nie aku nak share pasal something yang best. err tapi tapi tapi, yang nie khas untuk kaum wanita sahaja, ohkay? kalau lelaki nak cuba jugak, pon bolehh. tak salah. tapi, bergantung pada jenis sakit koranglah. hee. okay, perkara pertama: menstrual pain, atau juga dikenali sebagai, senggugut. hanya kaum wanita je yang tahu dan rasa macam mana sakit dia setiap bulan. so, kaum lelaki sila jadi manusia yang memahami dan jangan banyak bunyi sangat kalau tak nak bom ala-ala perang dunia kedua meletus secara tiba-tiba. hihi :P kedua: Libresse. ehem. ya, benda tulah. yang itu tuuuuuuu~ pad wanita. tapi, aku tak nak cakap sangat pasal pad tu. aku nak cerita pasal benda yang lagi menarik. comel. cute. cantik!




sebenarnya, aku baru je tahu kalau Libresse ada keluarkan warmer bag khusus untuk orang perempuan time time senggugut nih. serious. aku baru je tahu? atau korang pun baru tahu atau korang dah lama tahu? atau aku sorang je baru tahu? haha. loser-nya I. well said. I tak pakai Libresse. that's why I tertinggal sebatu ke belakang pasal mende alah nie. so, tadi, aku jalan-jalan dengan family. macam biasa, cari toiletries sikit, barang lain sikit, itu sikit dan ini sikit. makanya, jadi banyaklah bila dah campur kesemua benda yang sikit sikit dan sikit tuh.




okaylah. mesti dah tertanya-tanyakan, apa tu warmer bag? aku tak pasti sama ada benda ni berfungsi dengan baik atau pun tidak sebab aku tak pernah try lagi (excited punya pasal nak hapdate dekat beloggg). macam ni cerita dia. warmer bag ni digunakan untuk kaum perempuan yang mengalami senggugut terutamanya pada waktu-waktu kritikal, iaitu hari pertama dengan hari kedua. warmer bag tu akan dilekapkan kat tempat sakit (kat luar jelah pun sebab yang sakit kat dalam, kannnn?) tapi dengan syarat. kena isi dengan air panas dulu. tak boleh panas sangat, pandai-pandailah nak agak macam mana. panas sangat pun tak boleh jugak. melecur pulak kulit korang tu kan.




teringat pulak masa zaman sekolah dulu. aku senggugut teruk. ah, macam biasa je pun sebenarnya. so dah tak tahu mana teruk mana tak teruk sebab semuanya sama dan mesti end up dengan pergi klinik. ayah aku akan ambik aku dekat sekolah setiap sebulan sekali. haha. dah jadi macam benda wajib pulak. senggugut punya pasal. cikgu kasi balik rumah dan apa lagi, tidur dengan jayanya bila sampai rumah. makan pun mak suapkan. harhar ;P




so, masa aku tunggu Ayah aku datang ambik dekat sekolah, Huza dengan Umie (they both are my besties) mesti kena teman aku pergi office, then adalah jugak cikgu-cikgu kat situ yang sarankan aku untuk tuam perut tu dengan air suam/panas. memanglah tak hilang terus, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu untuk hilangkan sikit kesengsaraan yang aku alami saat itu. tapi, tak pernah try pun. baru nak coba bulan ni. ehh? hihi. is it working? hope so!




Libresse design empat warmer bag yang cantik-cantik tau. tadi nak cepat punya pasal, aku main ambik aje mana yang aku rasa............. cantik! hehe. ni aku punya:





tadaaaa. comel tak comel tak comel tak warmer bag aku?
hihik ;)


ada lagi tiga design yang lain:


comel kot. aku nak cari yang pakai kemeja biru tu. tapi tak dapat.
pink pun bolehh.


warmer bag ni jugak ada fungsi yang lain. 
bukan masa menstrual cramp aje (lelaki pun boleh guna).
contohnya macam yang tertera dekat gambar bawah ni:



sakit kat mana-mana, nah. tuam aje dengan air panas.
guna warmer bag yang comel-comel ni. ahh, sukanya!!


beli Libresse sebab nak warmer bag dia aje.
heh, aci tak aci takk?



masa aku beli ni pun, dia tengah in promo pack. so, yang aku beli tu Unscented slim wings 16's x 3. dah adanya yang ini aje, ambik je lah. kalau ikutkan hati dan nafsu, nak aje aku beli semua design tadi. haha! Lepastu standby untuk kena penampar Jepun dari mak aku, dan bebel tak henti 24/7. better don't (:




 next time, maybe?
cerita Libresse dengan warmer bag dah habis---



ehem. bilik aku tengah renovate. tak sabar nak tunggu siap! encik fakha, sila balik cepat, dan jangan lupa ole-ole dari Sabah. tahniah atas pentauliahan Palapes tadi ( 06 Julai 2013 ). Tahniah Tahniah Tahniah!!! good job, dear! may success will always be with you (:




opps. sorry ya. tuan tanah nak interframe sikit.
yelah. sikit aje. tak banyak pun (:


at RnR Pagoh, today.


thanks for readingg (:



2 comments:

mashitah binti rosli said...

comel bag tu..nk3..hihi..anwy tq follow..kite pun da follow blog awk..happy blogging !

cikLeaa said...

hee, thanks. beli satu kay! hehe