Wednesday, June 19, 2013

Hati ini.

Asalamualaikum dan, selamat pagi Rabu yang penuh barakah ni. Aku terlupa dah berapa syaaban hari ni. Please, everybody, anyone, do tell me? Aku ada kata, kalau hati tu nak apa, layankan saja. Kadang-kadang, ada hikmah disebaliknya. Dah banyak kali dah pun aku alami benda ni. Macam masa peperiksaan jugak. Jawab soalan, kena bulat-bulat jawapan. Hati aku selalu cakap jawapan yang mana satu, tapi, akal fikiran yang waras ni selalu je nafikan. Then, bila re-check, jawapan yang hati aku kata tu lah yang betul. Aduss. Aku dah agak dah. Benda ni selalu akan jadi. Dah remind myself billion times, but, it will always happened. Do the same things. Remains the same situation ---- feeling upset at last.



Mulalah cakap; kenapalah degil sangat tak ikut kata hati. Menyampah tau. Sakit hati. Geram.



Okay-- malam tadi, baca kalam Allah yang dah sekian lama aku tinggal. Beberapa bulan sebelum, hati ni nak sangat memiliki sebuah alquran yang siap dengan terjemahan sekali. Okay, yang tu dah beli. Dah ada. Hati ni teringin sangat nak tahu makna setiap ayat dan surah dalam alquran. Apa cerita disebalik surah-surah Allah tu. Paling aku suka, surah Al Waqiah. Menerangkan tentang kenikmatan syurga dan azab api neraka. Ya Allah. Bercucuran air mata ni bila terfikirkan kesilapan dan noda masa lalu yang tak terkira banyaknya. Rasa takut dengan seksa azab api neraka bermaharajalela. Bukan surah tu aje, banyak lagi surah yang aku baca sekali dengan terjemahan dia. Hati aku betul-betul terusik. 




                   



Alhamdullilah. Aku berpeluang merasai manisnya iman. Aku dah kata, untuk Ramadhan kali ni, segalanya macam lain. Rasa tak sabar tu setinggi gunung Everest. Hati ni...




Sebelum tidur, hati ni tiba-tiba teringin nak tahu pasal bencana yang diturunkan oleh Allah terhadap kaum Tsamud dan Aad'. Firman Allah swt; sudahkah sampai kepadamu berita tentang bala tentera (penentang), iaitu Firaun dan Thamud? Surah Al Insyiqaq (17, 18). Sebenarnya cerita ni aku dah tahu, tapi sebab dah lama, dah tak ingat dah pun. Terasa sangat ilmu di dada sejengkal cuma. Tapi sekarang, aku dah tahu. Puas Google malam tadi pasal dua kisah ni, kisah kaum Nabi Salleh dan juga kaum Nabi Hud. Semuanya sama, Allah bagi kenikmatan yang banyak, yang tak terjangkau dek akal fikiran, kemahiran-kemahiran yang hebat, tapi sering saja mendustakan-Nya. Hati ni terdetik, kadang-kala aku terlalu leka, alpa dan lalai. Dunia atau akhirat yang aku kejarkan? Astaghfirullah al'azim. Mengucap panjang aku ni---




Mungkin, ada hikmahnya bila hati ni terdetik akan sesuatu. Alhamdullilah, Allah bagi ganjaran untuk aku. Dia makbulkan doa aku. Doa yang sudah sekian lama aku pohonkan. Aku nak tengok senyuman dia sekali lagi, dalam mimpi pun tak apa. Aku tak kisah. Yang penting, rindu tu terubat. Menangis lagi--- betapa Allah sayangkan aku. Akhirnya, aku nampak jugak senyuman dia. Senyuman yang sama macam tujuh tahun yang lalu. Keadaan yang sama macam tujuh tahun yang lalu. Aku pun dalam keadaan tujuh tahun yang lalu. Kanak-kanak lagi. Aku nampak dia happy sangat, dia senyum aje. Lepas tu aku terbangun dan dia pun hilang...............




Hidup ni rahsia Allah. Kita takkan tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari. Kita takkan tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Kita takkan tahu apa yang bakal berlaku pada orang sekeliling kita yang kita sayang. Semua kita tak tahu. Doalah. Doa supaya Allah berikan yang terbaik untuk diri kita. Kita sering mengharapkan Allah bagi yang terbaik untuk diri kita, tapi, pernah tak diri kita jadi yang terbaik untuk orang lain? Muhasabah diri banyak banyak banyak lepas ni. In shaa Allah, semuanya akan baik-baik saja.



Terima kasih Ya Allah. Walaupun sekejap, sangat sangat bermakna. 
Alfatihah---



Terima kasih hati.




No comments: