Monday, May 27, 2013

I'm back.

Ya Tuhan, syukur alhamdullilah --masih diberikan kesempatan dan masih bernyawa untuk menulis entri-entri seterusnya. berfikir banyak-banyak-banyak-banyak kali sama ada ingin terus 'membunuh' belog kesayangan hamba ini ataupun terus-terusan menulis tanpa henti. maaf-maaf-maaf belog ini 'ditiadakan' hampir dua bulan lamanya. tiada apa yang mampu untuk aku katakan, selain daripada satu sahaja --RINDU. sungguh, hampir saban hari aku merindui belog ni. hampir setiap hari teringin untuk meringankan jari-jemari ini menekan huruf-huruf pada papan kekunci serta menukar privasi belog daripada 'only blog author' kepada 'anyone'.




bertahun lamanya aku berkongsi rasa dengan belog ni. suka-duka-pahit-manis-gembira-bersedih; tak pernah lupa walau sesaat. tak pernah terabai walau seketika. setiap hari, ada sahaja ilham-ilham daripada Allah; tentang apa yang perlu aku tulis pada hari ini. selama itu juga hati ini terjerat dengan pelbagai rasa --sama ada ingin terus menulis atau kuburkan saja. tidak adil baginya jika ia dikuburkan terus begitu sahaja. apa dosanya? untuk itu, aku memilih untuk......... --menulis kembali. menulis dengan lebih matang dan terbuka. eh, come on. *oh belog. I am really-really-really missed you*



Hampir setiap hari, ada saja yang tanya, mana belog? dah tak menulis lagi? hilang? saya nak baca apa awak tulis hari ni --Ya Tuhan, aku dah private untuk beberapa ketika, maknanya, mana ada cerita. heh. maaf-maaf-maaf. awak bukan nak baca pun, nak stalk aje kan? ;)




No comments: