Thursday, February 21, 2013

World Kite Festival 2013


Festival Layang-Layang Sedunia 2013.


sungguh. begitu mendukacitakan saat acara ini berlangsung di Pasir Gudang, Johor, aku sedang berada di Penang. mengapa ohh mengapa? aku teringin sangat nak tengok layang-layang gergasi yang banyak, besar dan berwarna-warni. teringin juga untuk membawa si-handsome-D3200 untuk capture semua jenis layang-layang yang ada. mesti-dia-juga-begitu-teruja-sebagaimana-daku.




biar berpanas. biar berhujan. tak mengapa. asalkan apa yang aku nak tu, aku dapat. hee. bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai menjadi arang. ehh, ada kena mengena ke dengan semua ni? haha. macam aku pulak yang jadi salah satu peserta layang-layang tuu kan. ngade. haha :P takpelah, bukan rezeki kali ni. in shaa Allah, lain kali mesti ada.




sebenarnya, ada kisah di sebalik ini semua. disebabkan aku tersalah menerima information, aku ingatkan Pesta Layang-layang ni berlangsung masa cuti semester hari tuuuu. dah plan baik punyaaa, siap dah tolak ajakan parents pergi wedding saudara-mara kat Segamat sebab nak pergi tengok Layang-layangggg. excited sangat sampai tak boleh nak tidur lena bila memikirkan tentang ini. hee. <------------ okay tipu. nasib baik tergerak hati ni nak check kat internet pasal Pesta Layang-layang ni sebab hati tiba-tiba rasa macam something wrong somewhere aje. at last, SAH. memang aku tersalah tarikh! next month rupanyaaaaa. ciss. melepas.




[image google]



disebabkan aku dah tersalah tarikh, so, cancelled macam tu je. terpaksalah jugak join parents pergi wedding kat Segamat. *bukan main lagi kena gelak dengan parents sebab salah tarikh* haha! aku paling malas kalau pergi wedding sesiapa yang aku tak-berapa-nak-kenal tanpa adik aku. rasa macam weirdoo. takde sape to talk with. lagi-lagi kalau majlis kahwin saudara mara yang jauh ni haaa. lagilah I tak biasaaa.




[image google]




tak mengapa. ini namanya tak ada rezeki. in shaa Allah. lain kali, maybe (: so, sesiapa yang ada kat Johor sekarang ni, and dapat pergi Pesta Layang-layang tu, sila jangan bagitau kitaa. I jealous you know. hehe. just enjoy the showw (:





 

 
[image google]




nak satu, boleh? nak layang-layang Hello Kitty!











No comments: