Friday, February 22, 2013

Lunch Superb!

Assalamualaikum, salam Jumaaat! hari nie, aku rasa merupakan sejarah hidup aku. sebab apa? sebab setelah berusia hampir genap dua puluh dua tahun, inilah kali pertama aku merasai sendiri ikan patin masak tempoyak! haha, loser. aku mana pernah makan tempoyak-tempoyak-masak tempoyak bagai ni. kesian, kan? aku pernah lah jugak nak merasa tempoyak, budu segala bagai tu. tapi, tekak aku tak nak hadam semua tu, tak boleh nak proceed. kasihan lagi sekali. kan?




kali ni, entah kenapa macam terbuka hati aku nak makan ikan patin masak tempoyak. entah kenapa. tengok roomate aku macam beriaaaa aje nampak ikan patin masak tempoyak ni kan, aku pon ter-join. mulanya, untuk lunch hari ni, aku ambik ikan patin je. kuah dia aku tak ambik, sebab durian kot. ada bau durian. tak-berapa-nak-minat-makan-durian ni haaa.




then, dalam bilik, tengok roomate beriaa aje cerita pasal tempoyak ni, aku pun cubalah merasa sesudu. orang kata, jamah sikit. kalau tak, kempunan pulak. hee. bila dah rasa, ohmai SONY! haha, sedap kemainnn. rasa dia perfect. even ni first time aku makan, aku rasa memang berbaloi aku cobaa. sungguh tidak mengecewakan! maklumlah, masakan kat cafe selalunya samaaa aje. tapi, kali ni, lain sikit. tu yang masing-masing beria try lauk baru. at last, hampir habis kuah dia aku makan sorang. hee. nanti petang kita beli banyak sikit okay (:




[sumber:google]




Thumbs up untuk makcik kafe CG USM. masakan anda memang superb best! lagi best bila kita ambik kuah tomyam ke, kuah masak tempoyak tanpa ikan atau ayam, FREEEEE aje. ambiklah banyak camane pon. penuh satu tupperware ke, plastik ke, memang FREEE. makan kuah dengan nasi je pon okay. haha. asalkan kenyang! biasalah student. hee :P tapi, nak kena ada lauk jugak, ye tak? depends.




"terima kasih sebab buat saya rasa histeriaaa bila nampak ikan patin masak tempoyak pada masa-masa akan datang. dan terima kasih jugak sebab berjaya membuatkan saya rasa seronok menikmati ikan patin masak tempoyak untuk yang pertama kalinya." - kepada auntie cafe CG.

OH, roomate. sila berbangga dengan pencapaian daku pada hari ini. haha!










No comments: