Saturday, February 16, 2013

Alhamdullilah, akhirnya sempurna ❤

Alhamdullilah. tiada patah kata yang lebih sesuai untuk aku ucapkan tika dan saat ini. Alhamdullilah. selamat sampai juga aku di bumi Pulau Pinang setelah bercuti hampir sebulan di rumah. OH, betapa aku merindukan saat-saat berada di rumah, lepaking di hadapan TV, main game sampai pening, dan banyak lagi. SUNGGUH. aku rindu-kan semua itu. namun, apalah daya aku untuk menghentikan pergerakan masa dan waktu dari terus berdetik sehingga ke saat ini? aku bukan shiapa-shiapa.




malam tadi, saat bersalaman dengan kedua ibu bapa, ah, air mata itu hampir menitis lagi. TAHAN. sabar. harus kuat apabila berhadapan dengan mereka. menyaksikan sendiri ketabahan mereka, buat aku semakin kuat. terus berdoa agar Allah memakbulkan doa-doa mereka, in shaa Allah. Amin. semoga Allah memanjangkan usia kedua mereka. Amin! termenung sendirian saat memasuki ruang bas. ah, sedihnya rasa hati. macam-macam perasaan ada. segala bagai! kecewa juga ada. membawa hati yang sedih, mungkin? 








Alhamdullilah- terjaga dari lena saat bas menghampiri Butterworth. Ah, sudah dekat! please mata jangan lena. menyaksikan panorama jambatan Pulau Pinang yang indah, setia ditemani Pulau Jerejak dan binaan-binaan konkrit yang melata. lampu-lampu neon yang menerangi malam. dari kejauhan, aku dapat mengenal 'dia'. Dia yang telah aku tinggalkan sebulan lamanya. hee. -Queensbay Mall (:




Alhamdullilah- lega sungguh rasanya saat menjejakkan kaki di Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. memikirkan pula bagaimana caranya untuk ke USM, desasiswa CG. -teksi. tiada cara lain, itu saja yang aku ada. sediakan RM15 untuk perjalanan yang hanya seketika cuma. terima kasih pakcik teksi sebab hantar saya ke hostel, dan sebab 'mencekik darah' student! -Lumrah dunia. mereka juga mencari rezeki untuk diberikan kepada anak-anak cucu dan cicit. Ah, habis aku? aku adalah pelajar. yang mana memerlukan wang yang banyak juga di bumi asing ini!








Alhamdullilah- selamat juga sampai ke CG. tengok jam kat tangan, 630 pagi. ofis buka jam sepuluh nanti. menanti dan terus menanti sendiri. ber-di-ka-ri. ber-diri-di-atas-kaki-sendiri. itu pasti. tidak akan ada yang menemani setiap saat kita di mana-mana, kecuali malaikat yang setia mencatit setiap kebaikan dan keburukan yang kita lakukan. jangan  takut. jangan gentar. Allah kan ada. DIA sentiasa teman aku kat mana-mana. perjalanan yang sukar dari Johor ke Pulau Pinang juga menjadi mudah. percaya dan yakin dengan adanya -DIA.




Alhamdullilah- hari semakin terang dan cerah. merasa begitu puas dan nikmatnya kehidupan ini saat menerima kunci bilik 339A di tangan. ber-jam menanti. masa berlalu pantas, bukan? bersedia untuk mengangkut luggage besar, lebih berat dari berat badan aku sendiri, naik ke aras tiga setengah -sendiri. Nobody gonna helps me. perlu kemas bilik sebelum mandi, dan merehatkan diri di atas tilam-kurang-empuk. mahu segalanya selesa dan sempurna. 








Alhamdullilah- segalanya sempurna. saat dingin air menerpa ke liang-liang roma, grr, SEJUK. benarlah -Allah memberi ilham kepada manusia di mana-mana sahaja. sepertimana ilham yang diberikan kepada aku inilah yang membuatkan aku terdetik untuk meng-update-belog. sweet tak? Alhamdullilah- segalanya sempurna kini. maafkan daku yang telah mengecewakan kalian.  Lagi kecewa hatiku ini. maaf :'( sambil melayan When I Was Your Man by Bruno Mars.




sebelum dan selepas (:
-Alhamdullilah, Akhirnya Sempurna-






No comments: