Saturday, January 5, 2013

Exam Mode | Good Luck ♥

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir .... :)
Sketsa Menjelang Peperiksaaaan, hee. takde idea sebenarnya.
kalau I dah kahwin, Husband I kena tunggu kat luar exam hall.
by-hook-or-by-crook-you-have-to.
give supports, and bila keluar saja exam hall, the first thing I wanna see is YOU.














Terdapat beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan sepanjang peperiksaan ini, dan boleh saja kalau dipraktikkan sepanjang waktu belajar, usaha tangga kejayaan, antaranya ialah :



1) DOA.
doa merupakan salah satu medium terbaik dalam menentukan hala tuju kehidupan. mintalah apa saja, katakanlah apa saja. Sabda Rasulullah yang bermaksud “Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “Doa itu senjata orang yang beriman” , “Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa”
Berdoa juga merupakan simbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.





2) TIDAK MUDAH PUTUS ASA.





3) ISTIQAMAH.
Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan .Sebab itu Allah telah memerintahkan RasulNya agar beristiqamah dalam menyampaikan dakwah. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “Maka serulah (mereka kepada agama Allah) dan tetaplah (Istiqamah) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu..”




4) TAWAKAL.
Bila kita dah berusaha sehabis baik, bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu dunia dan akhirat, bertawakkallah. In Shaa Allah. dalam surah Al-Imran : 159, bermaksud : Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.




5) SABAR.
Sabar dalam apa jua keadaan apabila kita masih lagi belum mencapai kejayaan sepertimana orang lain. itu hanyalah sebahagian daripada ujian Allah untuk hamba-Nya. yang penting, usaha, dan doa. paling kurang pun, tetapkan satu target untuk dicapai pada setiap semester. hee, macam yang aku dan semua orang buat (:




6) TIDAK BERTANGGUH/MENJAGA MASA.
masa itu emas. once kita lalai, masa tu takkan dapat diputarkan kembali. selalu saja kita dengar orang kata "Kalau tahu macam ni, aku dah study dari awal sem..", "Apsallah awal sem dulu aku tak study betul-betul?". itu adalah perkara biasa. banyak manfaat kalau study awal ni sebenarnya. but, antara nak atau tidak saja..



7) MENJAGA KESIHATAN.
Encik Fakha selalu saja sakit bila dah nak start final exam, entah apa yang dia terkejutkan sangat pun I tak tahulah. bila suruh jaga diri baik-baik, ada saja alasan. paling best bila dia kata, "Dah nak sakit, nak buat macam mana?".. hm, memanglah. tapi, aku rasa, boleh je pun rawat cepat-cepat, bukan tunggu sakit seminggu baru nak makan ubat. Ye tak?
lagi satu, bila dah sakit, camane nak study? macam mana nak fokus? haa, makanya, sila amalkan gaya hidup dan gaya pemakanan yang sihat, okay?










too much typingg, sekian saja untuk hari ini. okay?
yang indah dan elok tu datangnya dari Allah, 
segala kesilapan, keburukan itu datangnya dari diri saya sendiri.
mohon ampun, maaf. semoga korang semua dapat perform well sem ni.
in shaa Allah, goodluck!
thanks for reading, XOXO (:




credit to :
all my SMKDS's Form Six student,
USM's Student,
friends of Art with Education,
dan juga kepada semua yang bergelar PELAJAR...
and for you.... my dear Fakha.
GOOD LUCK!











No comments: