Thursday, December 27, 2012

drama sebabak | Gaduh!
















Assalamualaikum. selamat petang, dan salam sejahteraaaa (;
hari nie, aku rasa rajin sangat nak melukis-lagi-lagi dan lagi. tu laaa kan, melukis ni dah macam ketagihan pulak untuk aku. tak pakai pensel, tak pakai pen, guna benda ni pon okay. plus, kalau guna pen dengan pensel, aku nak lukis orang dah tak jadi rupa orang dah. jadi nyawww. lukis figure manusia, memang failed. hee, sorry. satu bakat ayah aku yang tu langsung tak meresap dalam tubuh badan anak dia yang sorang nii.




kali ni, aku nak storie morie pasal kejadian yang betul-betul-betul-betul berlaku kat depan mata aku ni. suatu hari tu, aku dengan rumate baru balik dari makan-kat-luar disebabkan oleh kafe CG masih tutup. nak tak nak, kena lah jugak jalan kaki pergi menapak ke Sungai Dua yang jauh beribu batu. heh, okay. tipu. bas pon takde, sebab kerismesss. cuti oii. then, balik tu, kami jalan-jalan, sambil cakap-cakap-cakap. feelin kinda weird pulak kan kalau berjalan tapi tak cakap apa-apa.




tiba-tiba dengar perempuan jerit-jerit dekat belakang DK H. kitorang ingatkan, ada lah babak entah apa-apa, berlakon kaa, menjerit tak tentu pasal kaa, so, buat tak hirau dan jalan macam biasa. tapi, tiba-tiba ternampak satu pasangan couple ni. Laaa, gaduh rupanya! ish, kitorang pulak dah macam kepoh gila.




"Jom mengintai nak tak?"
"Jom, nampak best je ni."



so, kitorang pun mengintai la buat-buat macam tak bersalah. haha. dah lepas perempuan tu jerit-jerit *marah-marah lelaki tu, tiba-tiba perempuan tu senyap* seluruh kawasan pun senyap sunyi. mengapakah?




"wehh, laki tu ciom perempuan tu la, sebab tu senyap!"
"tak laa, dia tak ciom, cuba kau tengok tu."
"Yelaa, dia ciom. sebab tu perempuan tu senyap."
"Tak. laki tu cekik leher perempuan tu.."




serious, lelaki tu memang cekik leher perempuan tu. bila lelaki tu lepas, perempuan tu maki-hamun-maki-maki lelaki tu, dengan nada suara yang tinggi. lelaki tu cekik leher perempuan tu semula. aku dengan rumate aku ni rasa panik. Wehh, what to do?!




then, kitorang panggil sorang mamat ni, dia tengah lepak-lepak study dengan awek dia kot, kitorang panggil dia, mintak tolong. Ye laa, elak ada je karang yang mati kena bunuh. tak nak lah benda-benda macam ni berlaku dalam USM. then, perasan ada orang datang, couple yang tengah gaduh tadi pon blah. settled! kitorang rasa lega sangat sebab tak ada kematian. hehe.. kita duduk dalam satu universiti yang sama, sifat-jaga-tepi-kain-orang tuh kena ada. lagi lagi bila melibatkan kes macam ni. sikit lagi nak call Jabatan Keselamatan USM. luckily dorang bersurai sebelum sempat call. plus, nombor phone JK pon takdak! aigoo. barulah tersedar betapa pentingnya untuk simpan nombor phone JK. PENTING!




untuk makluman, couple tu bukan pelajar Malaysia, dia pelajar dari China. sebab apa aku tahu? heh, aku tahulah. jangan tanya bagaimana. lagilah sadis kan kalau apa-apa yang buruk berlaku, family jauh nun kat China sana, kawan pun takde. oii, serious, sadis betul. mohon Allah sentiasa melindungi pelajar tu dari sebarang perkara-perkara yang buruk. Amin! Kitorang takut nak tegur perempuan tuuu, takut kitorang pulak yang kena cekik karang. hehe, dan alhamdullilah, dia selamat sampai hostel (:




dulu, aku pernah dengar cerita pasal couple ni. masa mula-mula daftar masuk USM, amboii, kemain lagi. sweet sangat kisah dorang ni. sampai aku rasa macam ; woahh. how sweet! tapi, aku tak ingatlah pulak cerita pasal apa. dah lupa. short-term-memory laa sekarang ni. tapi, memang sweet laa. and now, kenapa perkara macam ni berlaku? kitorang buat andaian macam-macam. 



"Laki tuh mintak duit kot?"
"Perempuan tuh dah pregnant kot?"
"Perempuan tu ada kawan dengan lelaki lain, laki tuh jealous kot?"
"Laki tu ada perempuan lain kot?"




gaduh dalam bahasa tempatan dorang, manalah aku ni nak faham. haaa. so, andaian demi andaian lah yang keluar. tak tahu mana satu yang betul. hope bukan yang nombor dua. perempuan tu cantik, dan aku yakin dia pasti miliki masa depan yang cerah, walaupun bukan dengan lelaki tu ......... in shaa Allah (: Pokok pangkalnya, aku tak tahu kenapa, kenapa kenapaaa dorang gaduh.  okay? okay. sekian saja. storie morie tamat. dapat pengajaran? bagus, gunakan sebaiknya. hee! 











13 comments:

Anonymous said...

nicee entry., ^^
nasib perempuan tu x apa-apa., huhu

LiaNelissa said...

aah, alhamdullilah! nasib baik tak apa-2. risau jugak time tu.. (:

Aesya Zealous said...

cm best je skodeng org gaduh. haha naseb baik pempuan tu xpape. haihh main cekik2 lak

Razil Tahir said...

kesian perempuan tue.
kawan saya kena belasah sampai koma sebab mintak breakup. balak dia tue memang nak kena sosah!!!!!!

LiaNelissa said...

lelaki tak guna macam tu memang patut kena pukol aje. menyusahkan orang lain (: sayang pun, berpada-pada lah. ye tak? hee.

LiaNelissa said...

@Aesya Zealous ; tau takpe. kami terkejut jugak tengok sketsa tu. first time skodeng orang gaduh nii :>

LiaNelissa said...

@Al-Azrul Iqmim, done (:

Anonymous said...

bila? ari selasa lepas ke? yg couple tgh study tu melayu kan? laki pakai specs old school ngan baju, ppuan plak pakai tudung ngan baju warna purple betol2 bertentang dgn kedai printing n ayamzzz roti impitzz tu kan? klu betul, aku sgt2 kecewa dgn mereka.

LiaNelissa said...

kecewa kenapa? aah lah kot? aku pun tak pasti. yg aku tau, laki tu memang pakai specs. and bila aku tanya ; tak dengar ke ada orang jerit-2, laki tu kata ; ada jugak. but, buat tak tau je la. apsal ek?

Anonymous said...

main kayu tiga. aku ade nampak dorang aritu. so, maknanya dah lama la dorang kat situ. aku jumpa ptg lebih kurang pkl 5. kau jumpa waktu lunch kan? laki tu dah ada awek. ppuan tu aku punya, dorang dah suka sama suka. aku ngan awek laki tu kena tikam dr blkg weh. pdhl kitorang kawan baik.

Mizz Jaja said...

lea , kakja pun ada nampak tp malam tu diaowang gaduh depan pusat Ko-k
hope dah berbaik or settle dah perbalahan diaowang . . . :)

LiaNelissa said...

tak settle lagi kot. kalau dah asyik gaduh-2 camtu... kesian laa tengok perempuan tu..

Orang Kita said...

sweet, nice entry! hehehehe