Thursday, November 1, 2012

review | Hingga Ke Akhirnya

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat datang November yang panas dan sejuk sentiasa! eh eh, belum sampai sehari bulan November nie, dah cakap panas sejuk? haaa. suka suki hati aku je kan kan? hm, dah lama tak review pasal novel kan? sibuk 24/7 lah sekarang nie. sorryy :(




oh, by the way, kegilaan aku dengan novel memang tak boleh nak dinafikan oleh sesiapa pun. so, selepas dua bulan berada di Pulau Pinang, aku balik rumah, aku nampak macam ada yang tak kena je dengan rak novel-novel aku. macam ada yang tak cukupp je. haaa, lepas tu, aku lupa pulak nak tanya. tak dapat nak kenal pasti, novel yang mana satu. heh. sadis.




siapa punya kerja, sila angkat kaki anda! tak sempat nak check sebab masa berada di rumah sangat sangat sangat lah suntuk. sedih gilos.




so, untuk novel aku yang terbaru, paling latest lah kiranya, sambungan dari novel Akhir Sebuah Cinta. sila klik untuk tahu dengan lebih lanjut, novel yang mana satu. okay, novel yang kedua nie, boleh tahanlah. agak menarik bagi aku, adalah jugak menitiskan air mata di beberapa bahagian yang sedih-sedih tuu. alaaa, terlebih menjiwai watak laa aku ni. nasib baik roomate tak tahu. haha! roomate aku ni baca novel Andai Itu Takdirnya pun tak ada apa-apa reaksi. keras kejung macam tu jugak laa dia. tak ada perasaan agaknya. Novel tuh sikit punya sedih, dia kata tak sedih langsung. aiyoo T_______________T








tapi, bagi aku, permainan watak Mimi Atia nie agak membosankan laa. dia asyik nak marah-marah, nak merajuk, nak tinggikan suara, nak itu ini yang bad dengan suami dia, Tengku Khuzairi. aku faham, kalau sejarah dulu tu yang buat dia jadi macam tu, tapi, aku rasa, apa salahnya kalau Mimi Atia bagi peluang kat Tengku Khuzairi, berbaik, berdamai. aku dapat nampak Tengku Khuzairi ikhlas dengan apa yang dia buat. "Adam Levine" sebab Mimi Atia suka kumpulan Maroon Five.




*alamak, teremosi*




apa pun, novel nie ada banyak plot yang tak disangka-sangka. pertama kali lah aku baca novel yang ada kelainan macam nie. cuma, aku tertanya-tanya, mana perginya Tengku Idayu dengan Tengku Bukhris? Anggerik Wati dengan Dewata? haa. watak dorang nie hilang terus lepas tragedi berdarah menimpa Mimi Atia dengan Tengku Khuzairi.




kalau nak baca novel nie, kena beli PART I dulu yaa. baru faham, apa sebenarnya jalan cerita dia. hee. selagi tak habis baca, selagi tu terasa macam tak nak tidur, walaupun jarum jam sudah menginjak ke angka empat pagi. heh, mengantuk tak hengatlaaaa kita pergi kelas. gara-gara novel. tak boleh diterima langsung!




*tertanya-tanya sampai ke sudah, novel aku pulak bila nak terbit?*




berangan dalam lena. mampu? kalau ada novel yang ohsem lagi menarik nak share dengan aku, sila sila! aku mengalu-alukann. make me impressed please. dah lama tak baca novel sampai menangis tersedu-sedu. hee (: okay lah. mengantuk sudah. night night! (:










2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

Siti Nur Dhuha ek? mcm pernah kenal..

Cik Fie said...

Wah ! Entri Yang Menarik (◕‿◕✿)

Jom Follow Blog Ni (!) Sekaligus , Baca/Komen Entri Misteri : Pocong Pandai Nyanyi Lagu Kosong Najwa Latif Ni Kalau Sudi :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/10/misteri-pocong-pandai-nyanyi-lagu.html