Saturday, May 26, 2012

the memories | NEVER FADES (:

Perasan tak?
Cuba recall balik semua kenangan kita dengan adik beradik kita :)

Masa kecik2 dulu, bangun pagi sama2. Bergaduh siapa yang kena bangun mandi dulu. Yela, nak tinggalkan bantal dan tilam sangatlah susahnye puuun. Bila dah mandi, nak sarapan, pun sama2. Dua2 muka macam nak kena flying kick dengan mak, maklumlah, baru bangun tido kan. Pergi sekolah, naek keta, pun sama2. Still, bergaduh siapa dapat duduk depan. Hehe. Pergi sekolah, ingatkan takde kaitan berdua lagi. Tapi ada jugak cikgu ckp ''awak abang si polan eh?". haha. Balik sekolah, mkn tengahari semua sama2. Lagi2 adik beradik lelaki. Macam2 dikongsi bersama. Main game bola sepak kat Play Station sampai tv meletup etc. Bergaduh??? Jangan cakaplah. Ada je benda yang nak jadi hal. Tapi, macam biasalah, tak sampai berapa jam, dah tgk power rangers sama2. Hahaha. Then2, masa puasa. Satu malam tak tidur, main game la, makan kuih raya yang mak simpan la, main game la... best ! sgt best. Ponteng puasa pun sama2. Masa kecik laaa.. hehe. Kalau nak cerita semua, memang sampai final exam nanti tak habis. Dalam cengkerang kacang (in a nutshell) , hargai adik beradik korang. Kalau bukan korang yang nak protect dan hargai diorang, siapa lagi? :)

Semakin dewasa, semakin kurang masa kita bersama adik beradik.
Aku ijazah,
Adik aku diploma.
Aku cuti,
Dia study.
Dia cuti,
Aku study.
Jarang sangat dapat masa bersama macam dulu2. Tapi nak buat mcm mana. Untuk masa depan yang lebih baik :)

#Sekadar berkongsi:)
copy and paste ...




* * * *




aku rasa semua kenangan nie banyak melibatkan arwah abang aku ..
sebab apa ?


sebab bila bangun pagi nak pergi sekolah , kalau dia dah mandi dulu , mesti aku nanges . hee , sebab aku tak suka dia siap dulu . haha . aku nak aku yang mandi dulu , nanti dia habiskan air panas . time aku mandi , air dah tak panas dah .. hee ..


kalau nak naik kete , kadang-kadang sampai sekarang . mesti gaduh dengan adik aku . aku tak suka duduk depan . so , selalu berebut dengan adik aku nak duduk belakang . dah besar masing-masing , tapi perangai macam kanak-kanak lagi . hm , aku lah tu :P macam biasa , nanti adik aku mengalah .. hihi


masa sekolah dulu , especially sekolah rendah laa . cikgu selalu akan tanya , " awak nie adik Muhamad Nemo eh ? " ... dan adik aku pulak , cikgu mesti tanya , " awak nie adik Lia Nelissa eh ? " adik beradik famous . untunglaa . haha . err , untunglah dapat kakak atlet sekolah nie . eeuu :P


masa kecik , kitorang memang dah main game . dats why otak genius . ouh ? apakah ? haha , tak lah . seawal game yang tape tuh kitorang dah main , Playstation 1 , Playstation 2 apatah lagi . semua dah main . paling aku tak lupa , main game kat PC , pakai CD . meletupp CD tuh kat dalam sebab main game lama sangat . game Diamond Run . nie abang aku la yang main beria sangat . hee . lepas dah meletupp tuh , kitorang tak lagi addicted main game PC . takde CD best dah . sobsobb ..


tengok Power Rangers ? ouh kami tak tengok itu sangat . tapi bila ada cerita Oggy and The Cokroaches , abang aku , aku dengan adik aku mesti lepaking depan tv sama-sama . ramai-ramai . walaupun adik beradik tak berapa nak ramai (: then tengok DrangonBall . ahha , Cardcaptor Sakura pon abang aku tengok tau ! melayan dua orang adik perempuann :')


masa puasa .... masa kecik memang best . mak buat kuih raya , tak sempat nk makan time raya . mesti dah habis banyak . puasa time kecik lah paling best and aku takkan pernah lupa . ponteng puasa ? tak payah cakap . almost everyday . haha . kecik lagi , mana tahan puasa lama-lama nie .. biasalah , kalau dah sorang yang ponteng , kalau boleh nak hasut semua untuk ponteng jugak (: biar sama-sama . sampai satu hari mak pernah tanya : " apsal air dalam peti ais nie tinggal sikit ? semalam bukan main banyak " ... semua buat tak paham . ekeke ... 





* * * *




pejamkan mata , dan anggap sahaja dia masih di sini , bersama aku . ouh , rindu sangat .!




* * * *




tapi sekarang , aku cuti , adik aku study . abang aku ? ALLAH lebih menyayangi dia bila dijemput ILAHI , tujuh tahun yang lalu . semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang bersemadi di sana , AL-Fatihah .
yeah , untuk masa depan yang lebih baik , semua ada komitmen sendiri . apa pun , minggu depan aku balik rumah . dapat lah jumpa gemok nie sebelum dia naik semester tiga kat UPSI (: ekeke !





 











No comments: