Friday, April 13, 2012

HINEX XII | day 3

selamat malam people and stalkers (:
hope korang semua tak boring baca storie aku nie . banyak sangat yang nak aku ceritakan . seriouslyy . tak puas-puas rasanyaa nak cerita tentang ini lagi lagi lagi dan lagi :)



HARI KETIGA : 09 APRIL 2012


lepas semua dibahagikan ikut kumpulan , semua sekali ada empat kumpulan . kumpulan A terdiri daripada krew 1 dengan 2 . manakala kumpulan B terdiri daripada krew 3 dengan 4 . so , aku kumpulan A . pagi tuh , cuaca sejuk , mendungg lagi , hujan lagii , aktiviti tetap juga diteruskan . walaupun arrangement masa tuh dah lari sebatu , sebab keadaan cuaca yang tidak menentu . cuaca macam tuh bukan penghalang , asalkan semangat itu masih ada . memang tak sabar laa kan nak tunggu aktiviti mula .




pagi tuh , kumpulan A snorkelingg dulu . so , aku cerita part aku je dah la ek ? dengar arahan apa semua dekat sepuluh minit , then pakai life jacket , ouh , itu wajib kalau ada aktiviti air . then ambik snorkels masing-masing . try pakai itu ini , terjunnn dalam air . ahaha , masa tuh dah macam penguin je semua , penguin masuk air laut . ekeke . tak lama lepas tu , hujan turun dengan lebatttt . masing-masing dah ada kat dalam laut . aku panik , takut ==' . orang lain relaks je , aku gelabah . ahaha . nasib baik ada kawan-kawan . berbaldi jugaklah air masin aku dah terminum . gambar takde la . sorri (:




then , dekat sejam lebih snorkeling kat pulau bidong , exchange dengan kumpulan B pulak . kayak ! dah lama tak main kayak , last pun masa kat PLKN dulu . ekeke , lama gilaa >.< masa nie kena pairs . satu kayak kena ada sorang lelaki and sorang perempuan . aku pilih Anir , sebab aku agak rapat dengan dia je . opps , tiada apa-apa antara kami . serba sedikit tentang Anir , he's from UTM Skudai , Sabahrian , and satu-satunya lelaki Melayu UTM yang dapat 4 flat masa semester bila entah . tahun depan akan berangkat ke US .










kalau tak silap aku , masa tengah aktvt ni semua , ada pengambaraan Kampus Dunia . means , nanti kami semua akan masuk TV , ekeke . tv Al Hijrah kot . aku tak pasti . ouh yves , memang kat tv AlHijrah . episod bila ? aku tak pasti ... :) dorang tak upload lagi picture semua .




then ... break untuk makan tengahari . after that , start semula aktvt . Jejak Warisan . melawat kem pelarian Vietnam . serious , sangat terujaa . sebab apa ? kat situ ada panggung wayang , ada temple , church , telaga , rumah-rumah yang sangat banyak , ada tugu peringatan siap ada replika bot lagi , balai polis , kubur , bengkel kereta , dan macam-macam lagi monumen . semua peralatan seperti kayu , simen dan sebagainya untuk mereka gunakan dalam membina petempatan di situ , kerajaan Malaysia yang beri . tapi sekarang semua rumah-rumah tuh dah roboh , mengikut sumber , nelayan-nelayan datang dan ambil kebanyakan kayu-kayu yang digunakan untuk membina rumah dan sebagainya . 




sebanyak 27 buah kapal pelarian Vietnam telah ditenggelamkan untuk dijadikan kawasan tukun tempat pembiakan ikan dan coral . menurut sumber , itu merupakan muzium dasar laut milik UMT . awesome right ? yes , sangat !








menurut sumber juga , setiap tahun pasti ada pelawat-pelawat datang dari Vietnam datang untuk melawat pulau tersebut . menziarahi kubur nenek moyang mereka . ada juga yang mahu ke pokok besar , jauh dari kawasan petempatan , dipercayai mempunyai sesuatu yang tersimpan sejak berkurun lamanya . namun , sehingga kini , tiada siapa yang dapat ke situ , kerana keadaan yang bahaya , dan dikhuatiri hilang . orang Vietnam yang lari dari negara mereka merupakan orang-orang kaya yang memiliki banyak emas . mungkin , ada berbakul emas mereka tinggalkan di pokok besar itu , hee . mana lah tahu , kan ?




lepas tuh , dah penat berjalan dan digigit nyamuk pulau , naik bot , dan pergi memancing . pergi jauh ke tengah laut , dan berhenti . bot yang tidak bergerak dan teroleng-oleng dipukul ombak membuatkan bukan seorang tapi beramai-ramai muntah . mula-mula tuh aku memancing lah jugak kan , konon tahan . ahaha . at last , aku simpan pancing , dan tidur kat depan . sebab pening kepala yang tersangat . nasib baik tak muntah . ekeke , terrer jugak lah aku ni . memang tak lah kan aku nak join orang pergi memancing lagi kat tengah laut . serik >.<




 




banyak mata rupanya yang memandang ke arah kamera . ahaha .
dari kanan : kechik , adib , syahmi , aku , dengan Anir .


then , lepas sejam lebih , menahan azab dan siksa tahan pening , 
balik ke daratan .
tengok matahari terbenam beramai-ramai . 
sweet sangat (:





to be continued ... 



No comments: