Wednesday, March 21, 2012

demam rindu ♥

selamat malam .
satu benda je yang aku boleh cakap untuk hari nie . aku penat wehh . sungguh , penat . aku rasa macam nak pengsan selama dua belas jam , tapi , apakan daya , esok pagi pukul sembilan ada kelas . satu-satunya kelas pada hari khamis untuk semester ini . woaahh . aku penat . tapi , masih lagi punya ruang dan waktu untuk online dan mengupdate belog tercintaa ini . ouh , romantik sangat (:




ouh printer janganlah kau nak buat hal lagii . merana hidup aku kalau kau tak boleh nak berfungsi dengan baik . banyak benda tertangguh just because printer tersayang masuk salun selama dua hari . huh . rasa macam susah sangat nak makan bila printer takde , haha . motif sangat (: hiperbola semata-mata . malam nie rasa nak tidur sangat-sangat awal . kan ?




tahniah untuk geng desasiswa Cantik Gagah [ CG ] sebab menang netball , friendly dengan desasiswa Bakti Permai petang tadi kat Padang Minden . hoho , penat sangat fitness kena turun naik bukit lima kali . slow jog turun dari CG pergi Padang Minden , mintak nyawa betol ! awwh . apakan daya , aku memang tak larat kalau part lari jauh-jauh yang dah macam merentas desa tuu , so that , aku jalan kaki je . jauh jugak lah ketinggalan kat belakang . tapi , aku tak sorang-sorang . ada nurul , haha . yang tuh lagilaaa . macam nak pengsan betol dah aku tengok ! apa pun tak boleh :P




untuk petang tadi , aku main dua posisi yang berbeza untuk satu game , separuh masa kedua tukar daripada WA jadi GA . ahaha , serious , I am not a sharp shooter . aku lebih suka main kat luar D daripada kena main kat dalam tuu . aku hanya mampu dapatkan bola bawak masuk dalam D bagi kak Syimot , aku tak shoot langsung . sebab , aku tak confident bola boleh masuk . haha . apa laaa (: untunglaaa boleh main macam-macam posisi . tadi aku terjatuh , dah lah padang tengah basah sebab hujan , berlumpur . habis kotor semua baju , eeee . lumpur . apa pun memang enjoy sangat game tadi . seronok !




tadi ada presentation . beberapa hari nie kurang tidur malam just because nak siapkan slide , and buat rehearsal presentation ala debat . ouh em gee , aku selaku yang di-pertua , ahaha . best ! untuk siapkan slide dengan cari isi je , kitorang sempat bergaduh-gaduh . tak sependapat . buat kerja last minit . padan muka aku . heh . seriously , sempat bergaduh . ahaha . masing-masing nak menang , pendapat aku je yang betul lah kan . haa , macam tu laa . apa pun , rasa lega sebab presentation dah siap , dah berakhir , tinggal nak buat esei , next week hantar . congrats you all . great ;D




program untuk pergi ke Universiti Malaysia Terengganu , bulan empat nie dah diluluskan . maaf sayang , saya terpaksa korbankan masa cuti midsem untuk beberapa hari . tetap jugak balik rumah , tapi lambat sikit . homesick dah nii . sampai demam aku dibuatnyaa , demam rinduu . ahaha :P tak cukup rehat , ouh , pergi kelas , balik kelas , asyik kena hujan je .. mana tak demam ... mencii .




ouh , tak perasan . dah macam esei BM dah cerita aku malam ni . nak buat macam mana , terlalu banyak storie to share . hihi . untuk hari rabu yang great , dari pagi sampai malam , jadual aku pack ! terpaksa mengerah tulang empat kerat ini dengan lebih gigih lagi , haa (: bilalah aku nak membesar ni , kulit pun dah makin gelap , sunburn punya pasal . netball punya pasal , itsoke :D k baii . selamat malam , zzz (:





 





1 comment:

.. bella_taq .. said...

kemain ko ktuk ak kan...
kejam sgt tau x...hahaha...