Monday, February 6, 2012

kenangan itu.

selamat malam dan selamat hari isnin ,
hari yang agak membosankan kot hari nii , hari-hari yang aku rasa seperti hari ahad , walaupun sebenarnya hari tu bukan hari ahad . heh . bak kata Lynne , " I want more Sunday ! " jyeah , me too ;D oke oke , actually aku tengah dalam keadaan banyak berfikir nii , hihi .




fikir tentang apa ? bukan masalah dunia . bukan masalah besar . bukan bukan bukan dan bukan . actually , aku tengah fikir nak bagi parent aku hadiah apa sempena anniversary mereka yang ke-24 . cake dengan kad ? atau hadiah lain ? aku rasa baik bagi cake dengan kad je kot , so nanti kita pergii Secret Recipe for that . nak bagi kad ? alaaa , nak tulis apa , adik aku pun takde kat rumah , nampaknya , aku lah yang kena menjalankan aktiviti surprise mengejut ini , heh .




anniversary parent aku 14 Feb nie , and rasa macam tak best lah pulak kan bila adik aku takde nak sambut ulangtahun perkahwinan dorang . orang tuu pun baru je balik . 18 Feb dah balik Penang , huaaaa ;( tak nak balik !








hihi , then tadi , aku ikut mak dengan ayah keluar , cuba teka gunung apa tuu . gunung yang menjadi sejarah , penuh dengan kisah yang tersendiri , termasuk juga mitosnyaa , Gunung Ledang . mula-mula mengantuk , then jadi terujaa pulak bila nampak Gunung Ledang , bukan apa , aku just ternampak apa yang ada disebalik gunung tuu je . hihi , apa lagi kalau bukan kem PLKN aku , Kem Lagenda Gunung Ledang , Asahan , Jasin Melaka . rinduu time PLKN dulu , seriously !




plus , dah lama tak jejak Gunung Ledang dengan family since terserempak dengan ular warna gold kejar katak . well , masa tuh aku tengah duduk lepak-lepak kat atas batu , atas kepala aku pulak ada dahan pokok yang agak rendang , mestilah nak lepak atas batu dekat tempat yang redup , kan kan ? then , tiba-tiba ada sekor katak kecik melompat kat sebelah aku , dari mana pun aku tak tahu lah , aku pun melompat lah jugak . terkejut kott ==' then ada lagi sekor , besaa sikit , melompat sebelah aku lagii , ish ish , heart attack kejap . tapi takpe , jangan katak tuh lompat and landing atas kepala aku dah lah , memang boleh buat aku pengsan . dah dua yang lompat sebelah aku , then ada lagi sekor , sama size dengan katak yang second . aku mula terfikir , apa hal nii =='




tak mungkin lah katak suka aku , ekeke . ramai betul kawan aku kan ? haha . then , aku dah mula pelik laa nie , bukan sekor katak yang lompat sebelah aku , tapi TIGA ! aku pandang atas , kat dahan pokok yang rendang tuu , kat atas kepala aku , kurang dari semeter , phewww ... ada ular besar kat dahan pokok tu ! kelam kabut aku lari sampai terjatuh-jatuh dalam air . siot . siapa tak terkejutt ! dah laa atas kepala aku je , kot-kot dia pandang bawah , tak ke aku dah mati kena sembur dengan bisa ular tuu ? ==' hihi .




then ular tuh turun , dengan muka tak bersalah dia , menjalar tepi-tepi batu , merentas kat air , pergi seberang , kat tempat lain then hilang kat semak-semak . itulah last aku pergi Gunung Ledang dengan family . mak aku tak nak pergi lagi sebab fobia dengan ular . even dah lama berlalu , tapi masih segar kat ingatan . tuu yang aku tak pergi lagi dengan dorang (: memang rezeki aku lah dapat tengok ular besaaaaa kat Gunung Ledang . kau ada ? hihi .



kbaii (:







No comments: