Tuesday, April 19, 2011

Reunion Reunion !

hello people !
aku terasa nak join pulak reunion nih laaa !
anybodyy ?

Reunion kali nie diadakan di STADIUM BUKIT JALIL, pada 03 JULAI 2011. semua bekas2 pelatih dijemput hadir. Majlis ini adalah sambutan Perhimpunan Belia 1Malaysia, yg bakal dihadiri oleh Perdana Menteri. Tolong maklumkan kepada yang lain.. Bagi sesiapa yang pergi dengan kenderaan sendiri, tolong maklum dengan Cik Munizah di talian yang tertera dibawah ini.. (Termasuk yang ingin menaiki bas yang disediakan oleh pihak kem.) Pastikan anda menghantar maklumat yang diminta seperti dibawah nie untuk pendaftaran. Harap maklum...Time Kasih..

Transport akan disediakan dengan syarat:banyak hadirin yang perlukan transport di negeri tersebut.
Pick-up point dan masa akan diberitahu kemudian.

Untuk maklumat semua,
hadirin daripada negeri sembilan dan melaka akan jalan berganti-ganti daripada Stadium Pahlawan Melaka ke Stadium Bukit Jalil.Aktiviti ini akan mencipta rekod Malaysia dengan berjalan kaki sepanjang 153km.

Ada juga hadirin yang akan menyertai Konvoi Basikal daripada Proton City,Tanjung Malim ke Stadium Bukit Jalil.

Karnival Kerjaya akan diadakan.Bekas-bekas pelatih boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut untuk menceburi bidang yang diminati.

Mini Kem PLKN akan didirikan di mana seramai 82 khemah akan didapati.Bekas-bekas pelatih bolehlah mengenang balik aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kem masing-masing seperti Flying Fox.

Pelbagai permainan akan diadakan untuk mengeratkan hubungan bekas-bekas pelatih seperti permainan Paintball dan permainan Futsal.


Transport disediakan..
Pick up point akan dimaklum kemudian..

seriouslyy event event semua menarik !
ouhh PLKN !
nak pegi jugak >.<

No comments: