Monday, January 3, 2011

Still Loving You :)

- awak , saya nak berpisah . saya dah tak tahan lagi nak hidup lebih lama dengan awak . ! lepaskan saya .

kenapa dengan awak nie , saya sayang awak , oke . cuba lah awak cakap dengan saya , apa masalahnya lagi sekarang nie ?

- awak tanya saya ? awak tanya lah diri awak sendiri apa masalahnya dengan hubungan kita nie . saya dah cukup penat nak layan perangai awak yang entah apa apa tuh .

tapi , kan saya dah minta maaf . dah banyak kali saya minta maaf dengan awak . kenapa awak masih tak nak maafkan saya , saya sayang awak sangat sangat . please , jangan macam nie . awak tahu kan saya ada awak seorang je .

- bukan saya tak nak maafkan awak . saya dah maafkan awak . tapi setiap kali saya maafkan awak , bagi awak peluang , awak tak pernah nak hargainya .

saya sayang awak . walau apa pun saya tak kan lepas kan awak .

- tapi sampai bila awak nak seksa saya macam nie . saya letih . awak tak pernah ada bila saya perlukan awak . awak sibuk dengan hal awak . awak kata , sharing is caring . tapi , awak tak pernah nak luahkan masalah awak , tak pernah nak cerita , tak pernah nak kongsi masalah awak dengan saya , saya nie takde makna ke dalam hidup awak sampai awak selalu sangat berahsia dengan saya ?

bukan macamtu , sayang . saya tak nak kongsi masalah saya sebab saya taknak awak rasa susah yang saya rasa , sakit yang saya rasa , pedih yang saya rasa . saya sayang awak . saya taknak awak rasa susah saya tu .

- awak tak boleh buat saya macam tu . awak tahu tak , semua tuh buat saya rasa saya nie tunggul kayu awak . saya setia kat awak setiap masa , setiap detik , setiap saat . saya selalu tunggu awak . tapi awak . . saya tak rasa saya ada lagi dalam hati awak .

sayang , bukan macam tu . hm , saya mengaku salah saya . tapi takkan sebab tuh awak nak berpisah dengan saya ?

- em yelah . awak nak saya jadi tunggul kayu awak berapa lama lagi ? sampai saya mati ?

em , bukan lah macam tu . sayang , everything gonna be fine right ? awak rehat lah dulu , saya tak nak kacau awak time awak macam nie . saya harap esok kita akan oke semula .

- tak . saya tak nak rehat atau apa apa selagi awak tak lepaskan saya pergi .

hm , betul tu yang awak nak ?

- ye .

tapi saya tak boleh .

- please laa , saya dah tak boleh dengan awak lagi . saya merayu dengan awak .

hm , sayang . walau pun benda nie terlalu berat bagi saya , terlalu sedih untuk saya lakukan , tapi . . demi kebahagiaan awak , saya tak boleh buat apa apa .

- maknanya awak setuju ?

kalau saya tak setuju pun , awak tetap dengan keputusan awak . awak tetap nak tinggalkan saya . awak tetap jugak nak pergi dari hidup saya . saya sayang awak , terlalu sayang . tapi , awak tak sayang kan saya lagi . bertepuk sebelah tangan , takkan berbunyi . bagi lah saya sedikit masa . saya akan pertimbangkan keputusan saya tu .
.
sebulan berlalu .
.
to be continued . .

2 comments:

tura hepy said...

sambunglaaa cepat3 tak sabar nak baca...

Cik Nelly said...

hee , later oke . im not feeling well right now :) thanks fer reading ;)