Assalamualaikum.
Selamat
menyambut hari Kemerdekaan ke-59, Malaysia!
Dah
lama tak berbelog. Keinginan tu ada, tapi kesempatan itu tiada. Selepas
mendirikan rumahtangga, selepas berkonvokesyen, selepas bekerja- nafsu nak
blogging memang ada. Tapi, apakan daya. Komitmen lain itu lebih utama. Mana nak
uruskan diri sendiri, dan suami. Dan kucing. Dan akhirnya laptop pun tidak
bersentuh. Nasib baik laptop aku ni power. Tetap berfungsi dengan baik walaupun
dah berbulan-bulan tak on. Laju pun boleh tahan. Tahniah Vaio kesayanganku.
Sekarang-
dah bertukar status. Dah jadi isteri orang. Dah pandai masak. Dah pandai kemas
rumah sendiri. dah ada tanggungjawab sendiri. kalau dulu, semuanya mak ayah
sediakan. Sekarang ni, minta suami. Hehe. Nasib baik suami nak melayan.
Sekarang-
bukan status je bertukar. Alhamdulillah dah ada kerja tetap. Walaupun
cabarannya besar, kalau dah Allah takdirkan begitu, tetap akan begitu juga
akhirnya. Cikgu- guru- tak pernah terfikir pun satu hari nanti akan ditakdirkan
Tuhan untuk menjadi pendidik. Dulu belajar pun, ikut kata orang. Just follow
the flow. Ikut je rentak. Ikut je itu ini. atas saranan guru-guru pada ketika
itu. Pernah satu masa, pernah disoal “Siapa dekat sini nak jadi cikgu, angkat
tangan..”
Memang
bukan aku kalau angkat tangan.
Aku
tak angkat.
Jujurnya
kerjaya guru ini tak pernah terlintas dalam fikiran aku.
Aku
tahu, cabaran dan dugaannya besar. Maha hebat.
Tapi,
siapa sangka. Takdir Tuhan melebihi segalanya. Hati kata tak nak. Tapi, tingkah
laku tak menyokong hati pun. Tingkah laku sentiasa komited, sentiasa nak usaha
nak jadi yang terbaik. Niat di hati memang satu, nak balas jasa mak ayah, nak
tengok mak ayah gembira dengan hasil yang dituai selama ini. mak ayah mana nak
tengok anak dia gagal? Pernah kau mintak apa-apa, mak ayah tak usaha untuk
memberi? Sejak dua menjak nak jadi mommy-to-be ni, perangai pun dah macam
mak-mak. Gaya pemikiran pun dah macam mak-mak. Sentiasa nak yang terbaik untuk
anak.
Sama
jugak macam mak ayah lain.
Mak
ayah aku.
Pernah
mak ayah hantar aku malam-malam dekat stesen bas sebab nak balik ke Penang.
Sepanjang jalan dari Batu Pahat ke Muar air mata aku meleleh-leleh je. Risau
tak sempat nak tunjuk mak ayah kalau aku selamat berkonvokesyen. Risau kalau
tak sempat nak balas jasa mak ayah. Tak sempat belanja duit gaji pertama jadi
cikgu. Sepanjang jalan doa-doa semoga mak ayah dipanjangkan usia, dimurahkan
rezeki. Dapat tengok aku naik pelamin, dapat timang cucu pertama dan
seterusnya. Eceh. Semoga segalanya menjadi sempat. Itu doa aku.
Haritu,
mak ayah tak dapat hantar aku lapor diri dekat SMK Pasir Gudang 2, sempena
melapor diri menjadi penjawat awam. Jadi, suami aku yang hantarkan pagi-pagi
dan menunggu sehingga ke sudah. Bila encik suami nak balik, aku memang tak
boleh nak tengok muka dia. Air mata dah bergulung-gulung jatuh. Makin lama
makin lebat. Malu. Pertama kali encik suami nampak aku yang tersangat lemah dan
tidak berdaya begitu. Haha. Selalunya kalau dekat rumah, akulah hero. Puas
ditahan, degil jugak nak merembes keluar. Aduhai. Tak memasal kena ejek dengan
suami.
“Bila
dekat asyik nak cari pasal je. Bila kena tinggal, menangis.”
T________________T
Kita
risaukan dia yang penat menunggu seharian. Bukan apa. lepas tu kena memandu
pulang lagi. dah lah sedang mengandung, emosi mana stabil sangat pun, kan. Baby
dalam perut kicking aje. Thanks baby, mummy jadi kuat sebab awak. Awak selalu
ada untuk mummy, selalu ingatkan mummy untuk sentiasa positif, jangan stress.
Just follow the flow. Allah knows better. Kan sayang?
Kadang-kadang
tertekan jugak dengan apa yang berlaku dekat sekeliling. Tapi, kuatkan hati.
Mesti ada hikmah disebalik semuanya. Perancangan aku mungkin sentiasa salah,
tapi Allah tak pernah silap percaturan walau sekali. Alhamdulillah. Thankyou
Allah atas semuanya. Atas kesempatan dan setiap rezeki yang Kau beri. Semoga
Kau permudahkan urusan aku dunia akhirat, permudahkan urusan aku pada setiap
hari selagi masih bernafas. Lindungi aku, baby dan semuanya.. kalau dulu, semua
usaha aku hadiahkan untuk mak ayah, tapi harini dah bertambah.
Buatmu, anakku.
No comments:
Post a Comment