Sunday, April 26, 2020

Tatabahasa Kelas 1 Bougainvillea

The Kehalusan Kelembutan: #Menjelang Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadan al mubarak buat semua.
Sila tonton video ini dulu ya, sebagai permulaan topik kelas bahasa Melayu cikgu Lia.



Apakah yang anda faham berdasarkan video ini?


Video menjelaskan bahawa bahasa itu sifatnya fleksibel. setiap perkataan yang kita gunakan dalam kehidupan harian kita mempunyai maksud. Sebab itu kita perlu bercakap yang baik-baik kerana setiap perkataan itu mempunyai maksud sama ada perkataan yang digunakan itu adalah baik atau pun sebaliknya. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga mempunyai maksudnya yang tersendiri, oleh yang demikian anda perlu mencari maksud setiap perkataan melalui latihan di bawah dengan menggunakan kamus.



Soalan 1:
Baca petikan berita di bawah ini. Kemudian tuliskan makna perkataan yang berhuruf tebal ke dalam buku tulis Tatabahasa masing-masing dengan merujuk kamus. Boleh gunakan link ini untuk mencari maksud perkataan; kamus online http://prpm.dbp.gov.my/ 

Tuliskan juga hari dan tarikh seperti biasa.
Tidak perlu menyalin semula petikan. Hanya tulis perkataan dan maksud perkataan sahaja.

PASIR GUDANG, 8 Jun - Sebanyak 40 orang pengawas SMK Taman Scientex telah menyertai kem motivasi. Kem tersebut diadakan selama dua hari bertempat di Kem Bumi Jati. Seramai lima orang guru turut terlibat sebagai guru pengiring dalam kem tersebut.

Kem motivasi itu bertujuan untuk memupuk nilai tanggunggjawab, toleransi, dan semangat setia kawan dalam kalangan pengawas sekolah. Nilai-nilai tersebut perlu ada dalam diri setiap pengawas agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana tanggungjawab sebagai pengawas sekolah amat berat. Lantaran itu, mereka perlu mempunyai kekuatan mental dalam menangani pelbagai permasalahan disiplin dalam kalangan murid.

Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan telah diadakan. Antaranya termasuklah aktiviti dalam kumpulan, meredah hutan, kembara malam, dan malam kebudayaan. Setiap aktiviti yang diadakan secara berkumpulan ini memerlukan kerjasama dan toleransi dalam kalangan peserta.

"Kini, saya menyedari kepentingan perpaduan dan kerjasama yang erat antara pengawas sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab kami. Saya yakin, motivasi setiap pengawas yang terlibat dalam kem ini semakin tinggi untuk menghadapi setiap dugaan yang mendatang," kata Nur.

Secara keseluruhannya, setiap peserta berasa bertuah kerana terpilih untuk menyertai kem ini. Menurut mereka, aktivit-aktiviti yang diadakan sungguh mencabar kekuatan fizikal dan mental mereka. Walau bagaimanapun, setiap halangan dapat diatasi oleh mereka hasil daripada kerjasama yang erat antara peserta.


Latihan 1: Cari makna perkataan yang dihitamkan. Tulis perkataan dan maksud sahaja di dalam buku tulis Tatabahasa masing-masing. Tuliskan hari dan tarikh. Boleh gunakan link kamus onlinehttp://prpm.dbp.gov.my/

Contoh: terlibat termasuk atau terbabit dalam sesuatu hal
1. toleransi =
2. melaksanakan =
3. menangani =
4. meredah =
5. kembara =
6. kerjasama 
7. motivasi =
8. bertuah 
9. mencabar
10. halangan

Latihan 2: Membina ayatPilih mana-mana 7 perkataan pada Latihan 1, kemudian binakan ayat yang lengkap mempunyai subjek, predikat dan juga objek pelengkap.

Contoh: terlibat

Rizal telah ditangkap polis kerana terlibat dengan sindiket penagihan dan pengedaran dadah di Johor.

Jangan bina ayat yang terlalu ringkas seperti: 
Saya suka makan kerana saya suka makan (X)
Baju saya berwarna merah (X)

Saya dah pesan berkali-kali di dalam kelas. Tolong bina ayat mengikut standard Tingkatan 1 anda ya (:



Jika sudah siap Latihan 1 dan 2, tolong snap gambar latihan dan postkan di dalam group whatsApp kelas. Kehadiran akan diambil berdasarkan latihan yang telah dihantar.

No comments: