Saturday, April 4, 2020

Kuih Bakul Limau Mandarin

SINOPSIS VIDEO:





SINOPSIS CERPEN:

Lim Meng yang dihalau oleh bapanya iaitu Lim Pooi pulang ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu melalui telefon bimbit amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal yang demikian, berlaku pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim Meng telah menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong mati lemas di dalam sungai.

Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong berpunca daripada Lim Foong sendiri yang melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah judi. Malah, Sim Pau juga menjelaskan  bahawa Lim Foong berperangai buruk seperti berjudi. Bagi Lim Pooi, Lim Foong mati kerana lemas mahu menyelamatkan Lim Meng di sungai. Lim Pooi juga menyatakan bahawa Lim Meng telah menyebabkan kedainya rugi hingga terpaksa ditutup. Dakwaan itu telah disangkal dan ditentang oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi rugi dan tiada ong kerana sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut sehingga menyebabkan perniagaannya lingkup. Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana judi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesal akan sikapnya terhadap Lim Meng. Dia berasa amat bersalah sehingga jatuh sakit.

Akhirnya, Lim Meng pulang. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi, tetapi setelah bapanya memanggil namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus merangkul dan memeluk bapanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama-sama menyediakan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan tiba.


*****************

Tema : Nilai kekeluargaan.

Persoalan:
1) Persoalan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.
2) Persoalan isteri yang berani menentang suami yang salah pendirian.
3) Persoalan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.

Watak dan Perwatakan:
1) Lim Pooi - bapa kepada Lim Meng dan Lim Foong
                    - Peniaga yang tidak jujur
                    - Amat sayangkan Lim Foong 
                    - Egois

2) Sim Pau - Isteri Lim Pooi
                   - Ibu kepada Lim Meng dan Lim Foong
                   - Tidak bersikap pilih kasih
                   - Berani menentang suaminya

3) Lim Meng - Anak perempuan yang baik
                      - Berani
                      - Pemaaf


Nilai:
1) Nilai keberanian
2) Nilai keinsafan
3) Nilai kasih sayang

Pengajaran:
1) Kita hendaklah berani menentang perkara yang salah
2) Kita hendaklah sentiasa berkasih sayang
3) Kita hendaklah buang sikap ego dan pentingkan diri



SOALAN (PERTANDINGAN BAHASA MELAYU: KOMSAS; KELAS CIKGU LIA)

"Lim Foong meninggal dunia semuanya kerana kau,"sergah Sim Pau.
Lim Pooi bertambah-tambah terkejutnya. Dia tidak menyangka suara merdu Sim Pau boleh bertukar segarang itu. Bingkai gambar yang ada dalam tangannya jatuh ke lantai. Bebola matanya mundar-mandir antara bingkai gambar itu dengan wajah Sim Pau yang sudah membengis.

"Sedarlah Lim Pooi. Semuanya berlaku kerana kesalahan kau. Aku tak nak Lim Meng menjadi mangsa seterusnya. Aku dah tak sanggup lagi kehilangan anak. Kau ingat masa Lim Meng mengadu bahawa dia nampak Lim Foong mencuri duit di kedai tapi kau cakap dia bohong, kau tak percaya kepada dia lalu kau rotan dia sampai berbirat-birat. Kau tuduh dia bercakap bohong.

"Sampai berhari-hari dia menanggung kesakitan. Kau tak pernah nak percaya cakap dia. Kau lebih percaya akan Lim Foong tanpa kau selidiki ke mana dia pergi, dengan siapa dia berkawan, apa yang dia buat selepas sekolah. Apabila Lim Meng cakap Lim Foong mencuri duit kerana nak berjudi, kau naik angin. Kau mengamuk tak tentu pasal. Kau rotan budak itu bagai nak gila. Kau tak pernah fikir perasaannya. Nah! Sekarang ini sudah terbukti siapa yang bersalah!"

Lim Pooi diam. Daripada riak wajahnya dia sedang mentafsir sama ada kata-kata Sim Pau benar atau palsu semata-mata untuk menarik perhatiannya.

"Lim Meng pernah mengadu kepada aku, orang kampung semuanya kompelin. Kau naikkan harga barang sesuka hati. Kau sorokkan barang-barang sesuka hati. Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kau sorokkan barang-barang itu dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kau keluarkan dan menjualnya pada harga yang sangat tinggi. Kau kaut untung daripada orang kampung, sampaikan orang kampung terpaksa berhutang dengan kau. Hutang itu pula kau kenakan bunga. Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kau lingkup. Apabila orang kampung dah tak percaya akan kau dan perniagaan kau dah mula tak laku, kau salahkan kelahiran Lim Meng kerana Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak ada onglah. Macam-macam lagi kau tuduh. Lim Meng tak bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri."

(Antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 57 - 59)

Jawab soalan-soalan berikut di ruangan komen mengikut format yang betul semasa peperiksaan. Setiap murid yang berjaya menjawab dengan betul dan tepat layak menerima hadiah yang akan disampaikan selepas tamat PKP di sekolah.


(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan kelemahan Lim Pooi sebagai seorang bapa.
    (3 markah)
.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


(ii) Nyatakan maksud berbirat-birat dan ong berdasarkan petikan. (3 markah)
.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


(iii) Bapa merupakan ketua dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
      Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik?
      (4 markah)
.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

************


TUGASAN KEDUA:

Klik link ini: https://flipgrid.com/54f35e80 
Anda akan jumpa ini:


Klik button + berwarna hijau, dan bersedia untuk bercakap selama 2 minit.
Apa yang perlu dicakapkan ialah: Ceritakan pengajaran cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin berserta evidens mengikut pemahaman anda. 
(Cakap macam di dalam kelas bila cikgu minta huraian pendapat)

SEBELUM REKOD VIDEO:
1) Pastikan menutup aurat lelaki dan perempuan
2) Menggunakan bahasa yang baik-baik dan boleh difahami bukan bahasa alien
3) Cari ruang yang tidak bising dengan bunyi tv, adik menangis dan lain-lain

SEMASA REKOD VIDEO:
1) Perkenalkan nama dan kelas
2) Terus menjawab soalan yang diberikan.
3) Akhiri dengan, terima kasih.



MARKAH AKAN DIKIRA KERANA INI ADALAH PERTANDINGAN BAHASA MELAYU KELAS CIKGU LIA. DIHARAP ANDA DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK DI SEPANJANG KELAS ONLINE PKP BERLANGSUNG. YANG BAIK SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT, MOHONLAH PADA-NYA SUPAYA ANDA JADI YANG TERBAIK, INSYAALLAH.







24 comments:

Unknown said...

Jawab soalan cerpen di sini

Unknown said...

Fatin Nabilah 1IRIS

1-Kelemahan Lim pooi ialah egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih

2-Maksud berbirat-birat ialah, garisan yang bantak. Ong pula bermaksud tuah

3-Cara untuk menjadi keluarga yang baik ialah, seseorang itu haruslah bersifat sabar dalam menangani masalah dalam keluarga, perlu merendah kan ego serta tidak memilih kasih

Unknown said...

*Garisan yg banyak

Unknown said...

Muhammad Safwan Bin Samsuri- 1 Iris

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas ,kelemahan Lim Pooi sebagai seorang bapa ialah tidak bertanggungjawab dan tidak bersifat penyayang.

(ii) Maksud berbirat-birat dan ong Berdasarkan petikan ialah kesan yang ditinggalkan selepas dirotan dan ong pula bermaksud tiada tuah.

(iii) Berdasarkan pernyataan di atas, cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah selalu bertanggungjawab, berdedikasi, dan bersifat penyayang.

Unknown said...

Nur Eriyana Airen 1iris

1.Berdasarkan petikan diatas,kelemahan Lim Pooi sebagai seorang bapa ialah suka menuduh seseorang tanpa bukti.
2.Maksud berbirat ialah kesan rotan manakala ong bermaksud untung atau tuah.
3 Berdasarkan penyataan diatas, cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah, bertanggungjawab terhadap keluarga,tidak ego atau mementingkan diri sendiri dan tidam terburu-buru menghukum seseorang tanpa soal-selidik

Unknown said...

*tidak

Unknown said...

Norzahira Fariesha 1Iris

i)Kelemah Lim Pooi ialah egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih.

ii)Maksud berbirat-birat ialah bekas kena rotan.Ong pula bermaksud tuah.

iii)Cara untuk menjadi keluarga yg baik ialah,selalu bertolak ansur,bekerjasama,merendah kan ego dan tidak memilih kasih.

Nurul shafiqa 1iris said...

Nurul Shafiqa 1 Iris

1- kelemahan egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih.

2-Maksud berbirat - birat ialah bekas kena rotan dan Ong pula ialah tuah

3- Berdasarkan pernyataan diatas,cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah selalu bersikap sabar, tidak ego dan tidak memilih kasih.

Unknown said...

Izazi Qistina (1 Iris)

(i) Kelemahan Lim Pooi ialah egois, seorang peniaga yang tidak jujur dan pilih kasih terhadap anak - anaknya.

(ii) Maksud berbirat - birat ialah kesan yang ditinggalkan selepas dirotan dan ong pula bermaksud untung atau tuah.

(iii) Cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah sentiasa mempunyai sifat bertanggungjawab,bertolak ansur dan mempunyai sifat penyayang kepada kepuarga.

Nurul shafiqa 1iris said...

Nurul Shafiqa 1 Iris

1- kelemahan egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih.

2-Maksud berbirat - birat ialah bekas kena rotan dan Ong pula ialah tuah

3- Berdasarkan pernyataan diatas,cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah selalu bersikap sabar, tidak ego dan tidak memilih kasih.

Pink said...

HIRTANA A/P GANAPATHI
1 BEGONIA
a)kelemahan Lim Pooi sebagai seorangbapa ialah peniaga yang tidak jujur dan egois.
b)maksud berbirat-birat ialah rotan manakala Ong bermaksud ialah tuah.
c)cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah Kita haruslah berani menentang perkara yang salah dan Sentiasa berkasih syang.

Unknown said...

*keluarga.

Haikal said...

Haikal (b) 1iris
1)Kelemahan Lim pooi ialah egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih

2)Maksud berbirat-birat ialah,garisan yang bantak.Ong pula bermaksud tuah

3)Cara untuk menjadi keluarga yang baik ialah,seseorang itu haruslah bersifat sabar dalam menangani masalah bertolak ansur dan merendahkan ego

Haikal said...

Haikal (b) 1iris
1)Kelemahan Lim pooi ialah egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih

2)Maksud berbirat-birat ialah,garisan yang bantak.Ong pula bermaksud tuah

3)Cara untuk menjadi keluarga yang baik ialah,seseorang itu haruslah bersifat sabar dalam menangani masalah bertolak ansur dan merendahkan ego

LiaNelissa said...

nurkhairunnisa elleisya (1iris)

i) kelemahan lim pooi sebagai seorang bapa ialah , lim pooi seorang yang ego dan tidak mahu menerima hakikat , lim pooi juga telah menuduh ling meng .

ii) berbirat-birat bermaksud bekas pada kulit akibat dipukul dengan sesuatu yang tajam atau nipis , ong pula bermaksud bernasib baik dan beruntung .

iii) cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah , lim pooi haruslah menerima hakikat , merendah kan ego dan tidak terlalu mengikutkan perasaannya .

Arif said...

Arif daniel (1iris)

i)kelemahan lim poi ialah,dia terlampau ego walaupun bersama anaknya.

ii)maksud berbirat-birat ialah bekas kena rotan dan ong pula bermaksud bernasib baik dan tuah.

iii)cara menjadi ketua keluarga yang baik ialah,seseorang perlu merendahkan ego dan sentiasa memberi kasih sayang antara satu sama lain.

Anonymous said...

Nik Alya Soffiya bt. Nik Azrooul Azaham
- 1 Iris

i. Berdasarkan petikan cerpen di atas. Kelemahan Lim Pooi sebagai seorang bapa ialah tidak bertanggungjawab, egois dan tiada sifat penyayang.

ii. Maksud berbirat-birat ialah kesan yang ditinggalkan selepas dirotan dan Ong pula bermaksud bernasib baik dan membawa tuah.

iii. Berdasarkan pernyataan di atas, cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah tidak ego, bertanggungjawab dan bersifat penyayang.

Megat Zahier Hanif said...

1)Kelemahan Lim pooi ialah egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih

2)Maksud berbirat-birat ialah,garisan yang bantak.Ong pula bermaksud tuah

3)Cara menjadi ketua keluarga yang baik adalah perlu bertolak ansur,bertanggungjawab setiap perkara dan merendahkan ego.

Megat Zahier hanif said...

1)Kelemahan Lim pooi ialah egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih

2)Maksud berbirat-birat ialah,garisan yang bantak.Ong pula bermaksud tuah

3)Cara menjadi ketua keluarga yang baik adalah perlu bertolak ansur,bertanggungjawab setiap perkara dan merendahkan ego.

Megat Zahier hanif said...

Megat zahier hanif -1Iris
1)Kelemahan Lim pooi ialah egois dan tidak jujur ketika berniaga serta memilih kasih

2)Maksud berbirat-birat ialah,garisan yang bantak.Ong pula bermaksud tuah

3)Cara menjadi ketua keluarga yang baik adalah perlu bertolak ansur,bertanggungjawab setiap perkara dan merendahkan ego.

LiaNelissa said...

Nur Ariana 1 Iris

-Kelemahan Lim Poi sebagai seorang bapa ialah memilih kasih dan bersikap egois.

-Maksud berbirat-birat ialah garisan-garisan yang merah selepas kena pukul manakala Ong pula bermaksud tuah.

-Berdasarkan pernyataan di atas, cara untuk menjadi ketua keluarga ialah kita sepatutnya tidak memilih kasih, tidak bersikap egois dan bersikap adil dalam segala aspek.

LiaNelissa said...

Ainin Sofiya 1iris

1.kelemahan on lim pooi ialah egois dan tidk jujur ketika berniaga serta memilih kasih.

2.maksud berbirat birat ialah bekas kene rotan. Ong pula bermaksud tuah.

3.cara untuk mnjadi keluarga yg Baik adalah, selalu bertolk ansur, bekerjasama, merendahkan ego serta tidk memilih kasih.

Ashanneeta said...

Adam Hiqmal Bin Mohd Hanafi (1 Bougainvillea)

1) Kelemahan Lim Pooi sebagai seorang bapa ialah tidak percayakan orang, penipu, peniaga yang tidak jujur dan menuduh dengan sesuka hati.

2) Maksud berbirat-birat ialah kesan garisan merah kelihatan pada kulit akibat dirotan dan “ong” merupakan perkataan cina yang membawa maksud bertuah.

3) Cara-cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah mempunyai sifat penyayang, berakhlak mulia, jujur, baik hati dan sanggup menangani segala masalah yang dihadapi.

Anonymous said...

Norarieyna Akmal Norhelmi 1 Iris

Jawapan :
(i) Kelemahan Lim Pooi ialah ego dan tidak jujur apabila berniaga serta memilih kasih
(ii) Maksud terbirat-birat ialah bekas selepas dirotan dan ong ialah tuah
(iii) Cara untuk menjadi ketua keluarga yang baik ialah selalu bertolak ansur, merendahkan ego dan tidak memilih kasih sesama anak-anak serta jujur