SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-4 TAHUN!
Alhamdulillah, 29/04/2020 - Genap empat tahun usia perkahwinan yang dibina. Terima kasih untuk suami yang selalu ada during ups and dows of life. yang selalu support setiap minat aku, yang selalu bagi kata-kata semangat dan positif di setiap kali aku merasa lelah dan berputus asa. yang selalu menyakitkan hati tanpa sengaja, yang selalu ajarkan aku untuk sentiasa bersabar atas segala ketentuan qada' dan qadar dari-Nya. walaupun kau selalu banyak buat salah dengan aku, aku malas nak simpan pendam dalam hati. kalau dulu aku simpan je sekarang ni, sikit je salah kau, aku terus meletus macam gunung berapi. semoga kau bersabarlah ya. baru 4 tahun bang, ada lagi selamanya untuk bersama aku. tu, kat syurga nanti pon kita jumpa lagi tau. ada dah saham akhirat menanti. (Assalamualaikum Naura Aisyah, Naura Az-Zahra dan Muhamad Mikhael mommy dan papa).
selain itu nak cakap. header blog baru, cantik tak? create pada jam 1 pagi waktu Malaysia. tadi pulun buat nota bab 8 subjek Geografi kesayanganku. sedikit kecewa sebenarnya dengan respons murid tingkatan 3. senang hati sangat bila diumumkan PT3 dibatalkan sebab pandemik covid19. terus tak nak join kelas PdPc Home Based Learning. kalaulah diorang tahu betapa cikgu yang nak buat kelas ni bersengkang mata nak buat kuiz, nak buatkan nota, fikirkan tajuk apa nak diajar, fikirkan idea yang mudah nak bagi diorang senang faham.... hm, kalaulah diorang tahu, mesti diorang join kelas online ni. tak apalah cikgu..... cikgu dah jalankan amanah. amanah itu wajib dilaksanakan. jangan nanti bila dekat akhirat ada yang tuntut.... kenapa aku tak bagi ilmu dan sebagainya... aku nak mengadu dekat Allah. betapa aku berpenat siapkan nota, siapkan soalan kuiz segala bagai, siap bergaduh dengan laki sebab aku busy, dia pun busy, tengah kelas anak nak yak, anak nak susu, anak lapar (bulan puasa katakan), tapi murid aku tak muncul. out of 37, hanya 3 orang je yang ada. itu pun macam biskut, sekejap ada sekejap takde.
kadang aku husnuzon sendiri, yalah... mungkin diorang tak minat Geografi, mungkin takde data (walaupun dah dapat 1GB percuma setiap hari) kelas sejam je, bukannya aku suruh create channel youtube pon makan data juta-juta. yalah, mungkin ada yang takde phone sendiri, mungkin ada tiada kredit, mungkin juga ada yang save data untuk bertiktok, ber-slow-mo dan sebagainya. yalah, tugasan cikgu bagi bukan penting mana lagi-lagi PT3 dah dibatalkan. haha. gelak je lah kat cikgu, ape la cikgu ni semangat sangat buat kelas. manada exam pon. haa gelak lagi gelak kuat sikit.
Satu je nak pesan, jangan nanti menyesal. kehadiran tetap diambil, setiap kali join kelas akan dapat mata SO BURST, di mana penilaian murid sepanjang tahun diambil kira melalui PBD. Tapi tak masuk kelas, kan? haa. penilaian inilah nanti akan diambil kira. untuk tentukan hala tuju kelas aliran mana semasa tingkatan 4 nanti. kemudian SPM. selepas SPM bersama result dan aliran itulah yang akan menentukan hala tuju seterusnya. Satu jelah nak cakap, hala tuju masa depan korang bermula pada hari ini, jangan nanti terjumpa cikgu sibuk nak cakap 'menyesalnya dulu tak belajar rajin-rajin pandai-pandai..,' sebab sampai sekarang aku sendiri yang dah jadi cikgu pun ada rasa menyesal sikit tak belajar pandai-pandai. kalau tak mesti dah jadi jurutera mekanikal ke.., lawyer ke (awww minatnya nak jadi lawyer tapi apakan daya) Allah knows better selepas kita usaha. ya, selepas berusaha. bukan duduk saja-saja terus eh............... dah jadi cikgu?? haha pak hang.
awwwh, lavvv sangat header baru ni.
okay- good night.
nak tidur, esok pagi nak sambung lagi buat nota bab 8.
Jangan risau, saya halalkan semua ilmu, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment