Monday, July 24, 2017

Original atau Fake? Who cares!

Hai, hello. Pernah tak korang pakai barang-barang tiruan? Yang tak ori. Yang tak mahal. Yang tak semenggah mana. Biasa-biasa sahaja. Mesti pernah, walau sekali. Kan? Samalah aku. Masa dulu-dulu beberapa tahun yang lalu, tengah musim sangat jam baby G. Jadi masa dekat sekolah, masing-masing nak pakai jam tu. Dan harganya yang original memang agak mahal. Masa tu sekolah lagi, nak pakai mahal-mahal pun tak mampu. Yelah- dapat cukup makan pakai pun dah okay.

So- masa tu nak jugak pakai jam tu. Tapi beli yang tak original pun. Warna merah jambu. Jadilah, dapat jugak merasa pakai di saat masing-masing sibuk dengan jam originalnya.

Satu hari tu, ada orang tegur. Dengan muka annoying berlagak nak matihhh dia tanya aku.

"Jam ori ke tu? Kau mesti pakai jam tak ori kan..,"

Ya Allah. Perasaan masatu memang bengang. Malu. Dah lah dia cakap macamtu depan orang ramai. Dengan muka kerek mintak makan heels 7 inci. Memang aku ingat sampai mati. Ya, memang tak original pun. Memang aku pakai jam tak original pun. So?

----

Ya, dalam dunia ni memang akan ada orang seperti itu. Yang sentiasa nak pakai barang branded-branded. Mahal-mahal. Tengok orang sebelah mata atas alasan 'kau tak setaraf aku, tengoklah aku. From top to toe, semuanya original mahal branded. Kau mampu?'

Sekarang- alhamdulillah. Aku dah kerja. Gaji sebulan pun agak lumayan. Duit bersepah. Haha. Tapi, bila dah berduit ni... Tak rasa sangat pun nak pakai barang mahal-mahal, berjenama luar negara. Kalau beli pun, boleh pakai bertahun-tahun. Tak adanya nak beli banyak-banyak simpan buat koleksi. Aku ni sejenis manusia yang tak suka pakai barang tukar-tukar.

Contoh macam jam. Aku ada dua jam. Satu warna merah. Satu warna gold. Aku lebih suka pakai yang gold, dan dah tak pernah nak pakai jam merah sebab.. Hm mungkin disebabkan oleh peningkatan usia kot. Nak pakai jam yang standard je. Tapi, kalau dapat Michael Kors warna gold rose ataupun jam Fossil best jugak ni. Haha.

Suami aku cakap- guna sahaja selagi boleh. Repair selagi boleh repair. Jangan membazir sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin lagi banyak memerlukan wang. Okay- betul jugak tu. 

So- sekarang ni aku dah tak peduli. Dah tak kisah dah orang nak pertikaikan pakai barang tak original atau tak branded. Sebab bukan guna duit kau pun. Oh lagi sebab kau mampu, so teruskan. Kita hidup apa adanya. Apa yang mampu. Syukur alhamdulillah. Aku dah tak kisah dah.

Pergi kerja pakai tudung bawal crepe harga rm5 sehelai pun aku tak kisah. Dah sama macam tudung murid pun aku ok je. Sebab aku malas nak terjebak dengan tudung mahal-mahal, design ekslusif limited edition. Sekali terjebak, susah dah nak patah balik. Kalau sebelum ni aku peminat tegar Minaz dengan LeeyanaRahman, sekarang ni aku dah slowwwwwwww sangat. Tak ada dah nak teruskan lagi ketagihan itu. Harapnya- aku tak ketagihan Duck ataupun Mumu selepas ini. Itu pun malapetaka jugak.

No means No.
Sederhana je la. 
Kita fokus benda lain pulak. Haha. Jeng jeng jengggg!

Yang ini- kalau dapat yang copy ori pun ok jugak. Ala, bukan orang tahu pun kalau kau pakai barang tak ori. Oh lagi satu. Who cares?




No comments: