Monday, September 5, 2016

Buatmu, Anakku.

Assalamualaikum.
Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-59, Malaysia!

Dah lama tak berbelog. Keinginan tu ada, tapi kesempatan itu tiada. Selepas mendirikan rumahtangga, selepas berkonvokesyen, selepas bekerja- nafsu nak blogging memang ada. Tapi, apakan daya. Komitmen lain itu lebih utama. Mana nak uruskan diri sendiri, dan suami. Dan kucing. Dan akhirnya laptop pun tidak bersentuh. Nasib baik laptop aku ni power. Tetap berfungsi dengan baik walaupun dah berbulan-bulan tak on. Laju pun boleh tahan. Tahniah Vaio kesayanganku.

Sekarang- dah bertukar status. Dah jadi isteri orang. Dah pandai masak. Dah pandai kemas rumah sendiri. dah ada tanggungjawab sendiri. kalau dulu, semuanya mak ayah sediakan. Sekarang ni, minta suami. Hehe. Nasib baik suami nak melayan.

Sekarang- bukan status je bertukar. Alhamdulillah dah ada kerja tetap. Walaupun cabarannya besar, kalau dah Allah takdirkan begitu, tetap akan begitu juga akhirnya. Cikgu- guru- tak pernah terfikir pun satu hari nanti akan ditakdirkan Tuhan untuk menjadi pendidik. Dulu belajar pun, ikut kata orang. Just follow the flow. Ikut je rentak. Ikut je itu ini. atas saranan guru-guru pada ketika itu. Pernah satu masa, pernah disoal “Siapa dekat sini nak jadi cikgu, angkat tangan..”

Memang bukan aku kalau angkat tangan.
Aku tak angkat.
Jujurnya kerjaya guru ini tak pernah terlintas dalam fikiran aku.
Aku tahu, cabaran dan dugaannya besar. Maha hebat.

Tapi, siapa sangka. Takdir Tuhan melebihi segalanya. Hati kata tak nak. Tapi, tingkah laku tak menyokong hati pun. Tingkah laku sentiasa komited, sentiasa nak usaha nak jadi yang terbaik. Niat di hati memang satu, nak balas jasa mak ayah, nak tengok mak ayah gembira dengan hasil yang dituai selama ini. mak ayah mana nak tengok anak dia gagal? Pernah kau mintak apa-apa, mak ayah tak usaha untuk memberi? Sejak dua menjak nak jadi mommy-to-be ni, perangai pun dah macam mak-mak. Gaya pemikiran pun dah macam mak-mak. Sentiasa nak yang terbaik untuk anak.

Sama jugak macam mak ayah lain.
Mak ayah aku.

Pernah mak ayah hantar aku malam-malam dekat stesen bas sebab nak balik ke Penang. Sepanjang jalan dari Batu Pahat ke Muar air mata aku meleleh-leleh je. Risau tak sempat nak tunjuk mak ayah kalau aku selamat berkonvokesyen. Risau kalau tak sempat nak balas jasa mak ayah. Tak sempat belanja duit gaji pertama jadi cikgu. Sepanjang jalan doa-doa semoga mak ayah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki. Dapat tengok aku naik pelamin, dapat timang cucu pertama dan seterusnya. Eceh. Semoga segalanya menjadi sempat. Itu doa aku.

Haritu, mak ayah tak dapat hantar aku lapor diri dekat SMK Pasir Gudang 2, sempena melapor diri menjadi penjawat awam. Jadi, suami aku yang hantarkan pagi-pagi dan menunggu sehingga ke sudah. Bila encik suami nak balik, aku memang tak boleh nak tengok muka dia. Air mata dah bergulung-gulung jatuh. Makin lama makin lebat. Malu. Pertama kali encik suami nampak aku yang tersangat lemah dan tidak berdaya begitu. Haha. Selalunya kalau dekat rumah, akulah hero. Puas ditahan, degil jugak nak merembes keluar. Aduhai. Tak memasal kena ejek dengan suami.

“Bila dekat asyik nak cari pasal je. Bila kena tinggal, menangis.”
T________________T

Kita risaukan dia yang penat menunggu seharian. Bukan apa. lepas tu kena memandu pulang lagi. dah lah sedang mengandung, emosi mana stabil sangat pun, kan. Baby dalam perut kicking aje. Thanks baby, mummy jadi kuat sebab awak. Awak selalu ada untuk mummy, selalu ingatkan mummy untuk sentiasa positif, jangan stress. Just follow the flow. Allah knows better. Kan sayang?


Kadang-kadang tertekan jugak dengan apa yang berlaku dekat sekeliling. Tapi, kuatkan hati. Mesti ada hikmah disebalik semuanya. Perancangan aku mungkin sentiasa salah, tapi Allah tak pernah silap percaturan walau sekali. Alhamdulillah. Thankyou Allah atas semuanya. Atas kesempatan dan setiap rezeki yang Kau beri. Semoga Kau permudahkan urusan aku dunia akhirat, permudahkan urusan aku pada setiap hari selagi masih bernafas. Lindungi aku, baby dan semuanya.. kalau dulu, semua usaha aku hadiahkan untuk mak ayah, tapi harini dah bertambah.
Buatmu, anakku.


No comments: