Thursday, March 10, 2016

The Wedding Of- Cen and Tiera

"Selamat pengantin baru bro..."
Kompang dipaluuuu.., pengantin maluuu! ahaha. tahniah Aten & Tiera selamat sudah menjadi kekasih halal dunia akhirat. semoga ikatan perkahwinan yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat. inshaAllah. lebih kurang jam 8:30 pagi kitorang dah bersiap-siap nak gerak ke Negeri Sembilan dari rumah. dan lebih kurang jam dua belas alhamdullilah selamat sampai ke homestay yang disewa khas oleh keluarga pengantin untuk keluarga sebelah lelaki. memandu tak laju mana pun, perlahan asal selamat. tak ada apa yang nak dikejarkan sebab dah gerak awal dah. dan kami jugak diberitahu kalau majlis bersanding di Negeri Sembilan seawal jam dua belas setengah tengahari. tapi macam biasalah, mesti akan lewat sedikit. ehhe.


dari Batu Pahat, kitorang satu keluarga je sebab ahli keluarga yang lain-lain dah gerak awal (Jumaat). aku masih kerja masa hari Jumaat tu, jadinya tak dapat nak gerak sama dengan yang lain. kitorang gerak lambat sikit. lagi pulak, kucing aku (Jo) nanti tak ada kawan mulalah tak boleh duduk diam bila dekat rumah sorang-sorang (pernah berlaku bila aku tinggalkan Jo dekat rumah empat hari sebab konvokesyen dekat Penang haritu- Ya Allah kesian sungguh bila balik tengok Jo). pagi tu aku dah siap sedia makanan Jo dengan pasir dia. air siap tukar baru, air masak baru. loceng Jo (mainan) aku dah bagi siap-siap biar dia main bila bosan. kikiki. biasalah anak jantan sorang manja toksah kata.



sampai je homestay, ahli keluarga lain dah berkumpul. borak-borak. dah siap sedia nak pergi ke rumah pengantin perempuan. aku sempatlah jugak touch up make up memana yang perlu. hehe. pukul dua belas lebih kitorang gerak ke rumah pengantin perempuan beramai-ramai. pengantin lelaki bersiap sekejap aje tak macam pengantin perempuan. macam tak sampai lima minit, dah bersiap dah. fuh.







untunglah majlis sanding dekat Negeri Sembilan tak ada tol dekat pintu gerbang,
depan pelamin, depan pintu rumah, depan pagar rumah, depan mak andam!
jimat banyak ni. duit dah standby jugak kot-kot ada tol.
tapi tak ada. itulah, lain negeri lain budaya. lain adat.
kalau kena dekat negeri Johor, siap sedia duit berkepuk nah. TOL memanjangggg!


nah. sempat bergambar sekeping dua lepas pengantin bersiap.


ramai yang cakap kita makin berseri.
haha, I dah ambik seri pengantin sikit kot.
kehkeh.


jeng jeng.
tak sabar nak tunggu hari Sabtu.
tujuh generasi akan berkumpul duduk semeja. wuu.
nanti aku storimorie lagi nah!
selamat berbulan madu guys!
aku baru je pilih Pulau Perhentian untuk berbulan madu tapi korang dah pergi dulu eh.
zzz~~





No comments: