Thursday, May 21, 2015

Hello and Goodbye.

Assalamualaikum, selamat petang!

*tiup-tiup habuk sekejap* Ya Allah, dah lama tak update blog. rasa macam dah penuh habuk je blog kesayangan beta ni. dahlah tak update, private lagi. sebab nanti kena stalk dengan murid-murid. diorang ni sekarang advance. masuk kelas nanti mesti ada dengar:


murid A: "Cikgu, semalam saya stalk blog cikgu."
murid B: "Cikgu, saya ada google nama cikgu."
murid C: "Cikgu, saya dah jumpa instagram cikgu. dah stalk dah pun."


Allah. terpana dan terkedu cikgu dekat depan nak mulakan mengajar pun menggigil rasa. haha. inilah yang dikatakan sebagai murid alaf 21. nama pun dunia di hujung jarikan? dapat pulak cikgu praktikal yang good-looking dan gorgeous ini, lagilah murid-murid rasa curious nak tahu pasal cikgu. hahaha. makanya, untuk keselamatan, aku private terus blog ini. selamat.


okey- habis pasal intro. tak naklah bebel panjang-panjang. pengenalan pendahuluan aje pun. tak perlu induksi set bagai. ini bukannya kelas. hee. Alhamdullilah, all praises to Allah. segalanya selesai pada tanggal 14 Mei 2015 (Khamis) yang lalu. eh, selesai apakah ini? haa. biasalah, semester praktikal yang sangat istimewa dan manis untuk dikenang, namun sangat digeruni akan kehadirannya. praktikum. mengajar di sekolah. tak cukup rasanya empat tahun untuk praktikum sekali saja. masih banyak lemah dan lelahnya di sana sini. apa pun, aku ambil yang baik-baik saja untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman. yang lain, aku tinggalkan saja sebagai satu cebisan kenangan yang- boleh untuk dilupakan.


menjadi seorang guru. tak pernah terlintas langsung sebenarnya. malah, semenjak Tahun Satu di USM, Penang pun aku tak pernah terfikir nak dapat gelaran "cikgu" ni. masa dekat Tingkatan Enam, ada cikgu tanya, siapa dekat sini cita-cita dia nak jadi cikgu, angkat tangan. dan aku, bukan seorang daripada itu. langsung tak angkat. sebab itu bukanlah cita-cita. entah. tak tahu nak jadi apa. tapi, sedar tak sedar. benda yang paling kita tak nak dalam dunia tu, itulah yang kita akan dapat. trust me


bila dah tiba masanya untuk praktikum, macam-macam rasa ada. aku tanamkan dalam hati, Allah tak letakkan aku dekat sini untuk sesuatu yang sia-sia, Allah tak letakkan aku di sini di luar daripada kemampuan yang aku ada. aku percaya, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. jadi, aku just follow the flow. kalau orang lain boleh buat dengan baik, kenapa aku tak boleh? anggap saja ini macam cabaran yang perlu kau sambut untuk teruskan kehidupan yang mendatang. sebab aku yakin, something good awaits you up there. out there. go on. this is life, and live life to the fullest. for mom and dad's sake. for me, most importantly.


cabarannya bila kau sedar kalau tugas untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dan terdidik hebat bukanlah mudah seperti berkata-kata. atau mungkin mendendangkan serangkap dua lagu Potret. tidak. bukan semudah itu. sebelum kau berdiri di hadapan kalian yang dahagakan ilmu, kau perlu bersedia fizikal dan mental serta ilmu yang penuh di dada. kau kena sedia. by hook or by crook. nak tak nak, malam adalah waktu bukan untuk kau berehat-rehat. kau kena study sebelum kau menyampaikannya semula sama ada baik atau pun tidak sekurang-kurangnya kau dah bersedia. Lillahi Taala. masa sangat mencemburui kita semua termasuk aku. letih dan lelah. apa pun, itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, makanya aku terima dengan hati yang terbuka.


aku bersyukur sebab ada orang yang sentiasa memberi semangat, dorongan dan sokongan untuk menghabiskan sisa pembelajaran ini. thank you so much.


Lama kelamaan aku jadi semakin cinta dengan bidang ini. betullah, kalau kita tak cuba, kita takkan tahu. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. kan? aku tahu, pasti ramai orang di luar sana teringin nak rasai apa yang aku lalui. dan aku bersyukur kalau Allah pilih aku untuk laksanakan tanggungjawab dan amanah itu- mendidik anak bangsa, walaupun sekejap. moga sentiasa terdidik dengan baik oleh guru-guru lain yang lebih hebat di sekolah sana. doaku sentiasa untuk kalian semua.


Terima kasih SMK Taman Jelutong, Kulim Kedah, terutamanya murid-murid kelas 2K3, 4PAA dan 4PDA2 yang banyak memberikan kerjasama terutamanya masa pensyarah datang untuk sesi pencerapan dan juga guru pembimbing. baik gila, tak macam selalu. huru-hara. haha. apa pun, kamu semua memang terbaik. kamulah murid pertama dan akan dikenang sampai bila-bila pun. *kesat mata dengan hujung baju*


semoga kita berjumpa lagi dekat mana-mana nanti okey, insyaAllah kalau berjodoh. percayalah pada takdir. Allah dah susun atur cantik-cantik, elok-elok. semoga kita manfaatkan setiap detik dan waktu itu dengan baik. senyum. jadi pelajar yang baik dan bijak. beauty with brain will always look beautiful in any ways :)












No comments: