Thursday, November 27, 2014

Selepas 1 Purnama.

Assalamualaikum, selamat pagi :]
Ya Tuhan, rindu sangatttt kat blog ni. rindu rindu rindu *sambil tetiup habuk tebal* lama betul tak update. lama sangat tak online blog. nak kata busy, tak adalah sangat. nak kata malas, mungkin ya. nak kata tak ada apa nak cerita, rasanya, hari-hari pun ada banyak benda to talk to.



malas mungkin?
Ya.



Aku tak pasti sangat kalau ada yang stalk blog aku ni. Tapi, masuk semalam, dah dua orang yang tanya. "Eh, hang dah tak update blog sangat ke?" Ehem. awak. stalk. blog. saya. eh? haha!




Tak lah, I'm pretty sure kalau diorang tu bukan stalk pun sebenarnya. tapi, membaca. yelah, blog tu tujuannya apa. ye tak? tak kisahlah. Ada jugak yang cakap, "Kami nak tengok blog hang yang cantik tu." hahaha- okey, blog simple camni pun cantik eh? dulu punya design laggggiiiiiiiiiiiii........................................ serabut. bukan cantik okey, tapi serabut.



Okey- 2014 dah nak sampai ke penghujung dah. pejam celik, pejam celik *nasib baik boleh celik, kot pejam tak celik-celik, tak sempat nak wariskan blog ni kat sesiapa. haha*, dah nak masuk Disember dah. rasa macam baru semalam je Disember tu. kan? Rasa macam kenangan tu masih lagi segar kat ingatan. Yela, hujung tahun lepas, aku sibuk hiking sana-sini. mana boleh lupa. masih lagi sibuk bersuka ria tengok senior-senior buat preparation untuk Latihan Mengajar. tup-tup, sekarang ni, aku pulak yang busy buat preparation untuk LM bulan Februari ni.



ketaq satu badan.
haih.



Bila dah nak LM, maknanya apa? Dah nak habis Ijazah! tak tahu nak express macam mana. Perasaan tu bercampur. sedih, suka, gembira, nak nanges, nak jerit, nak pengsan, semua ada. haha, over sangat. Tunggulah Hari Jubah aku, akan datang. InshaAllah. semoga Allah permudahkan segala urusan.



So far, aku dah pun pilih sekolah. dah short-listed. sekolah mana yang aku akan pergi kalau-kalau sekolah tu reject permohonan aku. harap tidak. sebabnya? kami semua pun tak pasti lagi sekolah tu nak cikgu praktikal Major apa, berapa orang. hidup ni kena sentiasa ada back-up plan, kan? mesti ada Plan B, dan C once Plan A been rejected. 






Okey- cukup pasal LM. tu semua cerita akan datang. kalau cerita pasal masa akan datang, bukan main. dah rancang itu ini. kalau tak menjadi, menangis tepi bucu katil gamaknya. hm, terkadang, aku ada rasa macam nak delete post-post waktu tak matang dulu. well- aku mula blogging since 2011 kot. sepanjang tahun itu, macam-macam post la yang ada, kan? yang mana menunjukkan tahap kematangan aku. and, aku rasa tak nak baca pun post-post mengarut tu semua. haha! childish sangat weh. sangat.



cumanya, aku nak pesan. ni blog aku. hak aku, kan? aku memang tak tahu siapa yang stalk atau apa. tapi, aku sedih bila, ada suara-suara sumbang kat belakang tu yang kutuk blog aku, apa yang aku tulis, apa yang aku post. EH, halllloooo. saya tak pernah cakap pasal life awak pun tau? hidup saya ni interesting sangat ke bagi awak sampai blog saya pun jadi mangsa? haha, ini memang kelakar. ya, memang ada. tapi. terpulanglah. inikan zaman hak bersuara hak individu. whatever.



yang baik tu datangnya dari Allah. yang buruk tu datangnya dari diri aku sendiri. yang baik tu bolehlah ikut, yang jahat, buruk, teruk, tinggalkan saja di sini. sorry kalau buat korang meluat. kalau meluat, klik close button je okey? heh. bye.





No comments: