Tuesday, May 6, 2014

Never Grow Up.



hello. hai. aku Lea. lecturer aku sebut nama aku La.
*paused*
dia tak reti nak sebut nama moden aku katanya.
okay. La bukan Los Angeles aka LA?
just, La.
with no 'E/ I' in the middle. heh.



haritu-- salah sorang besties aku ni dah pun selamat bergelar isteri. dah selamat mendirikan rumahtangga. alhamdullilah. happy, for you sister! pengantin cantik. warna baju pun cantik, lawaaaa. tahniah, dear. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat, sehingga ke syurga-Nya.



so haritu we-called-as-mini-gathering la dengan budak-budak SM Teknik Kluang sekejap. tak berapa ramai yang datang. maklumlah, masing-masing ada komitmen sendiri. tak apa. faham. diam tak diam, masing-masing sibuk jemput, "jangan lupa datang majlis kita bulan bla bla bla ni." I was like, ehhh. korang nak kawen dah? how fast? biar betul ni. berderet majlis haaaa. masa 03 Mei tu je, ada tiga wedding kawan berlangsung serentak. Allah. mana mampu nak attend semua :/



macam speechless kejap. okay. tahniah awak. tahniah semua. semoga majlis kalian berjalan dengan lancar, ye? inshaaAllah, kalau ada rezeki, sampailah daku ke sana (:






bila tengok kawan-kawan dah ramai yang kahwin ni, rasa macam-- "mak, ayah, nak kawin jugak la please?" asyik bagi hint je kat dorang. padahal tak sedar diri ke yang kau ni belajar pun tak habis lagi? masih berbaki setahun? kerja pun tak. kumpul duit pun tak. nak topup pun mintak mak, ayah. nak beli pakaian dalam pun mintak Ayah. nak beli Kotex pun Ayah. nak beli sliper, sabun mandi, pisau cukur dan segala bagai pun mak ayah yang sediakan. nak beli itu ini segala bagai benda pun Makkkkkkk Ayahhhhhhh. hahaha. jawapan cliche all the time, kan?



aku pernah cakap: mak, dalam Islam cakap, kalau nak kaya, kena kahwin.
mak balas: memang. tapi kalau sesen pun tak ada pelajaran pun entah ke mana nak jadi apa dapat apa? lupakan!!



aku pernah cakap: mak, bestnya kawen mudaa!
mak balas: memang best. habiskan belajar dulu, kerja, beli rumah, kereta. paling penting, jangan lupa bayar balik pinjaman PTPTN engko.
aku: T_________________________T



okay-- I surrender.


haritu, 29 Mac 2014, umur aku genap 23 tahun.
*terima kasih untuk yang wish*
bila aku fikir-fikirkan semula. dalam-dalam-dalam-dan-lebih dalam lagi. betul jugak. Allah sebaik-baik perancang. jodoh tak sampai lagi. macam tak nampak lagi guna mata kasar, apatah lagi mata halus. ehhe. *awak, sila cari kerja cepat sikit!* 



sebenarnya-- aku masih belum puas lagi nak duduk lama-lama dengan mak ayah dekat rumah. aku belum puas lagi bermanja dengan dorang. belum puas lagi nak rasa; "mak, kita sakit perut senggugut." then mak bagi ubat, suruh makan nasi panas, sediakan air suam untuk makan ubat dan segala bagai. paling best bila mak cakap; "pegi tido sana." aaaa, seronoknya. tak payah nak fikir pasal kemas rumah- bagi gebus makan- masak- dan sebagainya. kalau boleh mandi pun nak mak yang buatkan. hehew.



umumnya-- kronologi hidup aku: habis PMR, aku masuk asrama (Teknik Kluang) dua tahun. balik sekali sekala. habis SPM, aku di'rekrut' kat PLKN. tiga bulan pun, lama jugak apa? duduk jauh lagi dengan mak ayah. tamat PLKN, cadang nak masuk kolej or what-so-ever (masa tu Ayah suruh masuk The One Academy: Malaysia Leading Art and Design College) but then, mak tak kasi. mak suruh duduk rumah, masuk Form Six lagi bagus katanya. habis Form Six, aku sekarang kat sini, USM Penang, selama 4 tahun. 



bila balik, aku dah malas nak tidur kat bilik sendiri. sebab bilik kat tingkat atas, tak ada orang yang duduk, dan jarang dikemas. habuk segala bagai dah membiak. bila balik je aku kemas bersih-bersih. so, aku alergik sikit dengan segala habuk tu, nanti mulalah gatal-gatal satu badan. seksa kot. konklusinya: aku tidur dengan mak ayah. haha. dah doploh tiga tahun and aku tidur dengan mak ayah even tak sekatil (just kat lantai beralas tilam/toto) pun jadilahhhh. paling best bila aku-adik-ayah tengok HBO atau MaharajaLawak Mega kat dalam bilik Ayah sama-sama.



bonding time--


Bukan senang nak dapat kumpul sama-sama satu family even kitorang cuma berempat. aku tak dapat bayang kalau aku dah kawen nanti. mesti nak berkepit doplohpat jam dengan laki. haha, sedihnyaaaaa. masa tu celah mana lagi nak tidur dalam bilik dengan mak ayah. mana lagi nak tengok HBO sama-sama. mana lagi nak buat semua sama-sama. mungkin ada. tapi, jarang-- bukanlah aku cakap tak ada langsung. ada, tapi dah jarang, dah tak sama.



see?



aku sendiri pun tak bersedia lagi. nanti-nantilah. bagi kawan-kawan jalan dulu. kadang-kadang rasa tu ada. datang tanpa disuruh.  nak buat macam mana, fitrah manusia memang begitu. 





bagi aku, kawen muda tu bagus. tapi, untuk aku: aku tak ready lagi. aku still nak manja-manja dengan mak, spend time 24/7 with mom and dad. ada kat depan mata dorang setiap masa. aku just terfikir.


mampu ke bakal suami aku bagi atau sediakan semuanya macam mak ayah buat?
mampukah dikau?
will you?


I don't want to grow up.
I just wanna be your baby all the time (':








nota kaki: maaf la entri kali ni macam panjang sikit. haha.
dah lama tak menaip katanya.
rindu mak ayah, dan homesick. aku nak balik!!






No comments: