Tuesday, February 19, 2013

Cake In The Jar ♥

semuanya gara-gara Cake In The Jar. ya semuanya kerna dia. kerna dia aku jadi begini. sentiasa inginkan sesuatu yang manis bermain-main di dalam mulut sebelum ditelan rakus. heh. okay, korang mesti tak tahu apa benda Cake In The Jar tuh kan? kalau dah tahu, bagus. kalau belum tahu, meh siniii ceq habaq kat hang. *wah, berteraburnya bahasa utara kita. okay, abaikan. 





hari tuh, masa cuti semester, aku dah rasa sendiri betapa seronoknya, nikmatnya, sedapnyaaaaa Cake In The Jar ni. serious, rasa satu mesti rasa nak lagi. dan, macam biasalah, aku dapat makan separuh aje. lagi separuh adik aku, Si Monster Lapar, makan sampai habis dan meninggalkan balang kaca yang kosong di hadapan tv ruangtamu depan, atas meja bersama sudu kotor untuk beberapa lamanya. aku? well, aku jugaklah yang kena kutip dan basuh. hampas kelapa sangat kau ni, dik. ciss.






okay, yang tu aku punya. kalau tak silap nama dia Double Layer Cheese.
thumbs up. memang sedapp (:



sekarang, dah ada perisa lain pulak. ada dua tambahan perisa. yang tu, aku belum sempat nak merasa lagi sebab cuti semester pun dah habis. dan dah berada di Penang dengan riang rianya. ecece. Alhamdullilah, tahniah kat CUPPACAKE B'LICIOUS sebab sekarang dah ada kedai kek sendiri. paling best, boleh walk-in. yay, tak sabarnya nak tunggu cuti semester! dah ada plann dah ada plann. hee (:





superlicious butterscotch.
ahha, aku memang suka sangat dengan butterscotch ni. 
belum sempat rasa, mesti kena dapatkan! hee


caramel almond butter cake.
yummmehhh!


lagi dua, sinful daim choc dengan nuttylicious.
aku pilih sinful daim choc berbanding nuttylicious sebab aku tak minat kacang.
hee. that`s all (:




sangat mengujakan, bukan? rasa sungguh tak sabar nak balik Batu Pahat, bukan? hee. sangat! oh ya. kalau nak tahu kat mana kedai CUPPACAKE B'LICIOUS boleh ushaaa page dia. okay, klik je link tuuu. and lagi satu, alamat :




No. 39 Jalan Flora Utama 5, Batu Pahat Johor.
Emel : cp_blicious@yahoo.com
Twitter : https://twitter.com/#!/CpBLicious




mana nak cari kat celah Penang ni oii? haha, kena balik Batu Pahat jugaklah gamaknya. hee! tak sabar nak cuti mid-sem. nak makan kek semata-mata. EH, boleh gituu? haha, mestilah. yang penting kena ada $$$$. well, harga Cake In The Jar ni pun berpatutan jugaklah. just RM10 per-jar. ehem kalau beli banyak, agak-agak dapat diskaun tak? boleh buat member card tak? kalau return-customer, dapat free satu jar tak? wahhh ni kali kedua aku review pasal Cuppacake B'Licious (: