Sunday, December 2, 2012

NOVEL : COKLAT (yang manis)

untuk kesekian kalinya. aku dah habiskan novel yang ke ....... ouh. aku tak ingat. yang penting, novel kali nie sangat berbeza dari novel-novel yang aku pernah ada. ini jugak merupakan novel aku yang pertama aku selain daripada Karya Seni, Buku Prima, Alaf 21. Novel kali ni istimewa dari Adiwarna. banyak keistimewaan novel nie sebenarnya.



Pertama : aku beli sebab terpengaruh dengan adik aku, dia suruh aku ubah "mind-set" pasal novel. aku selalu tak baca novel yang guna kertas macam kitar semula tu, kertas warna lusuh, bukan putih macam selalu. haa, novel yang macam tu, aku tak suka. aku tak nak. aku selalu pilih novel yang cantik-cantik je. tapi, sejak baca novel dari buku FIXI adik aku yang melambak-lambak kat rumah tuuu, aku terus jatuh suka dengan novel yang seperti itu.




Kedua : macam biasa. ada kaitan dengan cover novel yang aku rasa "cantik". hm, boleh tahanlah. memang cantik pun. aku suka dengan cover dia yang macam ala-ala lukisan guna water-colour




Ketiga : TAJUK ! ya, tajuk sangat memainkan peranan yang begitu penting dalam pemilihan sesebuah novel. betul tak? mestilah. tajuk novel sangat mempengaruhi aku sama ada aku tertarik untuk beli atau pun tidak. kiranya novel nie macam "Love at First Sight" aku laa. haa. tajuk dia sangat sangat sangat unik. baca tajuk, terus terjatuh hati, terus ambik, pergi kaunter dan bayar. 




Keempat : Novel ni masa tu ada rebate 20%. so, dari harga asal dia, RM22.00, bila ada rebate, apa lagiii. kan kan? lagi satu, aku suka beli novel Pilihan POPULAR. masuk saja POPULAR, nampak novel nie dulu, terus saja beli. tak sempat nak ushaa novel-novel yang lain. pergh, boleh nampak tak tarikan novel nie macam mana?




tadaaa, mempersembahkan :



COKLAT (yang manis)



novel ni mengisahkan tentang perjalanan kehidupan remaja, yang ketika itu masih di Tingkatan Enam Rendah, Sekolah Tinggi Mersing. kehidupan suka duka, tiga sahabat karib. kisah yang diceritakan, sedikit sebanyak menyentuh kehidupan aku juga. di mana, dahulu kita berkawan baik, rapat, kongsi segala duka dan duka, namun, bila salah seorang dari kita mula jatuh cinta, segala rasa, persahabatan, terus saja diketepikan. yang ada hanyalah rasa kamu yang sedang ingin bercinta. tidak lagi ingin berkongsi, mula fikir bukan-bukan, mula menjauhkan diri.




bagi aku, kisah tu sama dengan apa yang sedang aku lalui kini. sungguh terasa. tapi, tak mengapa. kisah bagaimana sebuah rasa yang dahulunya benci mulai bertukar kepada sebuah rasa yang sukar untuk dimengerti. ingin saling kasih mengasihi, sayang menyayangi. penantian bukanlah sesuatu yang sia-sia, kerana dia akhirnya pulang, untuk meluahkan segala rasa yang pernah dibawanya pergi jauh ke Itali demi mengejar cita-cita, menjadi pemain biola terkenal lagi masyhur. merisik. itu lah yang terbaik untuk mereka.




sungguh. kisah ni buat aku terbayang situasi Mersing, bila aku main buaian kat tepi pantai Mersing, ditemani mak ayah, dapat nampak pulau Mersing yang indah. boleh seberang dengan hanya berjalan kaki pabila air surut. semuanya wujud! sebab apa? sebab penulis itu sendiri yang berasal dari Mersing, Johor. sungguh terasa seperti berada di Johor sedangkan saat ini aku berada di sebuah pulau juga. Pulau Pinang...




Last Not Least : novel nie memang seronok, aku bagi 4.5 bintang dari 5. apa pun, you should try! try read something new. aku paling suka novel yang mengisahkan tentang remaja dan alam persekolahan. dan, aku  jugak yakin bahawa, ramai yang akan  suka dan jatuh cinta dengan COKLAT (yang manis) (:








p/s : baca sampai habis, baru tahu apa kaitan 
diantara jalan cerita dengan tajuk. COKLAT (yang manis) !
tak boleh pinjam aku punya. korang kena beli sendiri. hee :P
tataaaa!







2 comments:

manissa said...

hehe. manisnya coklet. macam best, nak beli jugak laa. hihi. terpengaruh ciklea ni.

LiaNelissa said...

haha. kena beli. beli beli! <3