Tuesday, August 7, 2012

resepi | NASI AYAM PENYET

alhamdullilah , selesai sudah kita berpuasa pada hari ke-18 Ramadhan . sepanjang aku kat rumah masa bulan puasa nie , asyik keluar je , ikut mak ayah pergi sana pergi sini . balik rumah , surelah collapse . tak berdaya hatta nak angkat Mojo pon , ekeke :P




so , hari nie aku try masak Nasi Ayam Penyet dengan mak aku . hm , craving for that since last night , sejak berbuka puasa dengan cik sayanggg kita kat Ayam Penyet BP . so , sekarang dah tak mengidam lagi , hihi , buat masa ini lah . esok lusa nak lagiiiiiiiiii ! nak lagi , boleh ? :')




nak try , ambik resepi ni . terbaik dari ladang katanyaa (:
resepi untuk enam orang .



Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)

Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.

Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

Pindah ke periuk nasi eletrik dan masak macam biasa.




gambar : uncle Google .
( tak sempat snap katanyaa )





mudah je nak masak Nasi Ayam Penyet nie rupanyaaa .
untuk lagi sedap , potong-potong kobis , and makan dengan Nasi Ayam Penyet tu :>
untuk yang suka memasak kat luar sana , you should try this !






GOOD LUCK !
(:








No comments: