Sunday, August 12, 2012

novel | RIBUTNYA CINTA

Assalamualaikum , hai ! lama sungguh tak update belog . hish , rindu pulak rasanya nak STORIE MORIE macam selalu . actually , banyak betul benda aku nak cerita , tapi , malass pulak haiii nak on lappy and modem . plus , kalau aku online lama sikit je , macam-macam soalan aku kena jawab . sometimes rasa macam kaunter pertanyaan lah pulak .




ada apa kat Facebook ?
online lama sangat tengok apa je ?
update blog tak hari nie ?
melayan siapa je kat Facebook tu ?




honestly , dah faham , dah masak , and dah naik muak . ahaha , soalan yang sama jugak setiap kali . hm , sabar je , and jawab . ini baru betul namanya mengongkonggg okay (: okay , aku dah tambah koleksi novel lagi ! hee . kali nie pilih tak lama mana pon . nampak , and terus beli ! maybe sebab aku dah survey pasal novel nie before cuti semester hari tu kot . ehhe (:








nie first time aku beli novel selain Buku Prima . Ributnya Cinta nie from SR Publication . jalan cerita dia not baddd . aku just ambik masa tiga hri untuk habiskan novel yang punya pages 6++ . actually , tu dah cukup lambat aku membaca . sebab apa ? sebab tak nak cepat-cepat habis baca . nanti I have nothing to do after that . sabar je laaa . mana boleh tahan baca lambat-lambat . nak kena habis jugak nie as soon as possible (: okay , jom baca sinopsis RIBUTNYA CINTA by Phidot nie :


****


Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.

“You sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? Eiii…Kolotnya...” kata-kata yang di...lemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini. 

‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka. 

Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?

“Eis tak nak libatkan diri dengan perjanjian ni. Eis tak ada perasaan cinta pada Hanie dan Hanie pun sama. Betul kan Hanie?” “Tidak Eis! Aku sebenarnya cintakan kau sejak dulu lagi. Cuma kau yang belum tahu perasaan suci ini.” Rintih hati Edasha Hanie.

Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.

“You ingat I nak sangat ke kat you? Bagi I you tak layak jadi isteri I pun. So, berhenti bermimpi di siang harilah Hanie…!”Edasha Hanie mengepal penumbuknya cuba menahan marah. ‘Memang nak kena mamat ni. Aku dah lama tak tumbuk orang.’ 

“Hey, you ingat I excited sangat ke dapat suami macam you. I pun ada maruah okay. You jangan ingat I diam selama ni, I lemah. Jangan nak perasanlah, macamlah kita tergilakan dia sangat, I tak pernah kemaruk kat you lah. Sebenarnya you yang kemaruk sangat kat I sebab itulah you kahwin dengan I bukannya Emma..!” 

Alahai! Ribut sungguh cinta mereka, mudah-mudahan selepas ribut reda, cinta mereka akan bertaut semula. Di waktu itu, walau kulit muka dah berkedut, gigi dah rongak kasih sayang tetap utuh untuk selamanya.


****


err , best pulak lah kan nama Edasha nie ?
hee , unik !






and now , dah start mencari novel baru !
ish , bilalah nak pergi bookstore ni . tak sabar nak beli lagiiiiiii :')









No comments: