Tuesday, April 17, 2012

Manusia Hari Ini.

selamat pagi , Assalamualaikum ... :)
mulakan pagi dengan ceria , awal aku bangun hari nie , kelas pukul sembilan pagi , dah bersiap-siap , then aku tak tahu nak buat apa . hee , apa lagi ? online lah jawabnya . tahu kan ? aku jatuh cinta dengan blog , dan hidup aku rasa macam kosong , tak lengkap kalau tak post something dalam masa sehari . haha , propa sangat ayat ! tapi , untuk buat cartoon-cartoon macam post yang sebelum-sebelum nie , aku rasa macam dah tak sempat nak buat lagi . dah nak final , and banyak kerja nak kena buat .




hari nie , aku nak cerita tentang manusia .
yeah , manusia , tahu kan ?




1. " aku dah lama bersabar dengan kau " .
okay , ayat nie ada orang pernah bagi kat aku . well well well . mungkin salah aku dan aku mengaku mungkin ada certain part yang aku nie benar-benar menguji kesabaran manusia lain . tapi , yang menjadi kelakar nya kat sini apabila , kau kata kau dah lama bersabar dengan aku , tapi , kau sendiri tak sedar betapa banyaknya sabar aku kat kau . damn . ouh lupa , kau kan perfect , tak pernah buat salah apa-apa . ouh , damn once again .










2. pengutip hutang berjaya .
mungkin bagi korang klise sangat benda nie , yeah . tapi pernah tak kau fikir , apa yang pernah kawan kau bagi , apa yang pernah seorang kawan korbankan untuk kau ? pasal duit memang agak berkira sikit , lagi-lagi student kan ? yelaa , aku faham . tapi , pernah tak kawan kau ungkit segala bagai pertolongan yang dia bagi kat kau ? pernah tak ? contoh : " weh , tolong belikan nie , aku malas lah nak keluar " .. then kawan kau tuh dah belikan semua yang kau nak , ada kau bayar balik ? sekali sekala mungkin ada , tapi kebanyakannya ? please , look into urself before you talk bout others . nak mintak hutang benda paling segan sekali aku nak buat . kalau kau rasa kau berhutang , ingat sendiri ar , fikir sendiri . hutang tak seberapa , jaja satu dunia . wtf . konklusinya : hutang orang kat kau , kau ingat . hutang kau kat orang , kau buat bodo .




3. kawan masa susah je ~
nie lagi satu benda aku rasa macam nak lempang muka kau laju-laju . kenapa ? sebab , kawan yang baik akan sentiasa ada saat susah dan senang . tapi nie tak . bagi kau , budak nie kawan masa kau happy happy go lucky , tapi bila kau ada masalah , budak tu lah yang kau cari . dengan muka kasihan dan penuh simpati , kau meminta . kalau kau rasa aku nih kawan masa kau susah je , kau boleh blah oke . sebab apa ? sebab aku dah muak nak ada kawan macam kau yang tak pernah nak kenang jasa . paling best , masa happy , tak pulak kau cari kawan masa susah kau . jangan nak lupa daratan sangat .









4. ilmu untuk dikongsi bukan simpan sendiri .
bukankah ada pepatah yang menyatakan bahawa , jika kita berkongsi ilmu dengan orang lain , ilmu yang kita miliki itu tidak akan pernah habis , malahan akan bertambah banyak , pahala pon dapat , sebab menyebarkan ilmu itu sendiri . come on arr , aku akan hadap muka kau untuk masa yang lama , kalau kau kedekut ilmu dengan orang lain , kau fikir orang akan share dengan kau ? kahkah . kau yang rugi sebenarnya . jangan nanti , bila dah susah , baru terhegeh-hegeh nak mintak tolong . ouh peliss , kau boleh pergi main jauh-jauh . apa salahnya sebar maklumat untuk semua ? nak pandai sorang je ek ?




5. kawan sentiasa je salah , kau je laa yang betol .
oke , pernah tak kau tanya , apa salah kau ? apa kesilapan kau ? mesti tak pernah kan ? kalau ada pun , sekali sekala je kot . klise sangat , gajah depan mata tak nampak , semut seberang Selat Tebrau kau boleh nampak . Jangan pernah tanya apa yang orang kat sekeliling kau buat untuk kau , tapi ask yourself , apa yang dah kau dah bagi / buat untuk orang lain kat sekeliling kau . kalau kau buat baik dengan orang lain , tak mustahil orang lain pun akan buat benda yang sama macam kau buat . kau buat baik , orang buat baik . kau buat jahat , jahat jugak lah yang kau dapat .









6. aku tak suka budak nie .
fine lah , tak suka , nak buat macam mana , takkan nak paksa orang untuk suka kat kita , ye tak ? well , kalau kau rasa , aku tak suka budak nie , aku menyampah tengok muka budak tu , haa . kau rasa budak yang kau tak suka tuh akan suka kat kau jugak ke ? tak mungkin . dorang pun akan buat the same thing like you do . aku just nak ucapkan tahniah kat someone sebab jadi manusia pertama yang aku paling tak suka kat sini . aku tak pernah tak suka kat orang , tapi , kau mulakan . and the game is not over yet . buat bukan untuk suka-suka , tapi bersebab . sebabnya ? only you know why . congrates babe . lu hebat sebab berjaya buat wa tak suka separuh nyawa kat lu ! tengok muka lu pun wa tak sudi . aku maafkan kau , tapi aku takkan pernah terima segala-galanya atas segala kebaikan yang dah aku bagi kat kau .







oke , tuh je yang aku nak update tentang manusia hari ini .
nota kaki : takde kena mengena dengan sesiapa , yang baca nie , jangan dok sentap menyentap pulak , untuk aku jugak , jadikan pengajaran , hidup ini indah kalau tak ada hasad dan dengki , bukan ?
chill la weh .


benci orang tuh tak baik , mak tak pernah ajar .
tapi , sorry ar weh , aku tak boleh nak handle perasaan itu . aww ~









No comments: