Monday, March 12, 2012

kenangan | PLKN

selamat malam (:
sedar tak sedar rupa-rupanya dah masuk tiga tahun aku tinggalkan kenangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) . cepat sungguh masa berlalu . tapi , kenangan tuh masih ada , kenangan terindah tak mungkin akan hilang dari kotak fikiran aku nie , sampai bila-bila pun . tak semua orang dapat merasai pengalaman itu , kan ? ingat lagi , masa tuh SPM , malu siot sebab budak-budak nii kecoh aku dapat PLKN . masa kat teknik dulu aku agak top lah jugak kan , hehe :P tu yg kecoh sangat ==' kena bahan tak habis-habis . awwh .




aku habis je SPM , dalam beberapa minggu selepas itu , aku pergi PLKN . 28 Disember 2008 . berkumpul ramai-ramai kat bustand , naik bas then gerak pergi kem masing-masing . sangat ramai . ouh yes , aku dapat kem PLKN Lagenda Gunung Ledang , Asahan , Jasin , Melaka . company Charlie . mula-mula aku company Alpha , then , aku bernasib baik sebab ditukarkan ke Charlie . kat Charlie baruuu ada life . sebab kat company tuu , semua size badan lebih kurang aku je , tinggi pon sama . tapi kat Alpha , semua besaa-besaa , tinggi sikit dari aku . haha . 




teringat masa kena buat starjump atas pentas ramai-ramai sebab lambat pergi berbaris . teringat khidmat komuniti yang memenatkan itu , dan kadangkala membosankan , teringat kelas pagi yang buat aku terasa macam kanak-kanak , teringat masa kawad aku dapat tempat redup bawah pokok , yang lain kat tengah panas . haha , teringat masa TTS , grr ! dan teringat juga masa aku join netball kat sana (: happening sangat :> teringat kawan-kawan Charlie I dengan II yang tak sepakat langsung ! haha , 




 



last makan kat Dewan Makan , sebab dah cukup tiga bulan (:
gambar masa kat dalam hutan . dengar penerangan , makanan ala tentera =='



 



CHARLIE COMPANY : Nehy , Nisa , Fateen , Aynie , Umi , Lulu 


 



dalam bilik . bestnyaaa dapat katil bila dah penat seharian .



 



masak makan malam dalam hutan .
sebelum Khidmat Komuniti (:





Wirawati negara , ahaha (:
nak pergi menembak lagii , nak  nak nak !



 

 





11 Mac 2009 - 11 Mac 2012 .
semoga persahabatan yang dah terjalin tu tetap abadi selamanya .
Amin .
Rindu korang semua .
Mirna Lestary & Syakira .



 dah banyak reunion PLKN buat , tapi tak pernah sekali pun aku join . parents tak bagi kebenaran , yelaa , aku kan duabelas tahun lagi , mesti lah dorang risau nak lepaskan aku pergi sorang-sorang , huu (: entah bila dapat join reunion lagi ==' ada jodoh , kita jumpa lagi ye kawan-kawan (: nak pergi lagi ! hoho

No comments: