Saturday, January 28, 2012

emotional ,

selamat malam ,
terasa macam dah lama tak update belog nie kan ? aku rasa sangat malas , banyak menghabiskan masa dengan novel novel novel dan novel . emosi tak stabil pun ye jugak , haishh . plus , muvie best best kat HBO , FOX , woahh , memang kat situ je lah kan everyday . aku online , tapi , morre to games . ouh , si kaki game nie dah mula addicted kat games semula , heww . sebulan nie jeaa , after that , takde dah aku nak main games bagai . alright :]



adik aku pon baru jeaa balik Tg. Malim tadi lepas menghabiskan cuti tahun baru cina selama seminggu kat rumah . oke , aku dah mula terasa , TAKDE KAWAN . fakha pun dah start latihan palapes dua minggu . zzz , apa aku nak buat nih ? apa apa apa ? selalu aku banyak menghabiskan masa dengan dia je , am alone . aku dah cakap kat dia , tak payah pergi latihan tuu , tapi dia tak nak , dia nak pergi jugak . oke fine , tak nak teman aku cuti kan ? fine lah .



tadi jugak , aku dah beli tiket balik penang , well , kena beli awal , takut tiket sold out . kalau dah sold out karang , aku nak balik macam mana ? haa , tapi , takpe . itsokay lah . ada lagi tiga minggu aku kat rumah sebelum balik penang , tapi , aku dah terasa penat duduk dalam bas selama beberapa jam ! awwhh , seriously aku dah terasa penat nak balik penang naik bas , lagi-lagi bas KKKL . kejung satu badan .



esok , apa nak buat ? AHAD yang membosankan seperti biasa . terasa macam nak hangout dengan kawan-kawan , tapi , esok rumah takde orangg , baik duduk rumah jeaa , kan ? main game , dan main masak-masak . ahha , main masak-masak ? nak masak apa ? takkan lunch nak makan maggi kot ? muehehe ;D



kahwin muda . apa pendapat korang agaknya kan ? seronok ke kahwin muda nie ? dengan cita-cita tak tercapai lagi , nak beli aset pun tak de duit yang cukup lagi , kerjaya , kewangan , itu ini bla bla bla . kahwin muda , apa yang seronok nya ? aku tak rasa seronok pun , sebab aku nak capai cita-cita dulu , tapi orang tuu dah asyik ajak aku kahwinnn je . serba salah lah aku , kan ? aku nak habiskan belajar dulu , nak capai cita-cita , nak beli itu ini hasil duit gaji penat lelah aku sendiri , kan ? teringin jugak nak bagi mak ayah duit , hasil pengorbanan dorang hantar aku pergi belajar jauh-jauh . kan ? entah lah , no comment bout that :)



jangan paksa diri , kalau rasa tak boleh nak terima :]



terima sebab terpaksa . perlu ke jadi begitu ? itu sama dengan tak ikhlas , yeah , sama . tak ikhlas , baik tak payah . kadang-kadang , tak semua benda dalam dunia nie yang kau buat , kau kena terima dengan terpaksa , terus terang kan boleh . itu sama dengan tak lukakan hati kau , tak lukakan hati dia . tapi , kalau kau terus je dengan terima terpaksa tu , kau rasa boleh bahagia ke hidup macam tu ? aku tak rasa boleh , sebab kau hanya akan hidup dalam kepura-puraan je . perlu ke nak hidup berpura-pura ? kalau perlu , then , sampai bila ? 


" how can I forget all that , 
when you ' re the one who make me smile .. "


when orang tuh sedang berbahagia dengan tunang dia yang tercinta , aku pun kena bahagia jugak lah kan . ini kan yang kau nak tengok ? nak tengok aku bahagia ? well , aku sangat bahagia sekarang , I am totally happy with him . mungkin , kau pernah mendoakan yang dia akan tinggalkan aku , kan ? kalau itu berlaku , tahniah lah , terima kasih sebab doa kau itu termakbul . tapi , aku nak kau tahu , aku tak pernah mendoakan keburukan hubungan korang , aku sentiasa doa yang hubungan kau akan baik-baik sahaja .. takkan lah aku nak tengok hubungan kau tu terputus tengah jalan , kan ? aku sayang dia , sangat-sangat . apa pun yang berlaku , Tuhan yang menentukan .. :)



ah ? apa aku merepek nie , dah lah . penat type panjang-panjang macam nie .
kbaii , saya tungguuu awak ! cepat balik !



No comments: