Thursday, December 23, 2010

Favourite cartoon saya :)

Phineas and Ferb ialah siri televisyen animasi Disney Channel yang mengisahkan pengembaraan dua adik-beradik tiri di halaman rumah ketika cuti musim panas. Siri kartun ini ditayangkan buat julung kali pada 1 Februari 2008 di seluruh dunia, selaku rancangan Disney Channel Original Series (DCOS) pertama yang bertayangan perdana serentak di seluruh dunia.
.
.
Phineas Flynn dan Ferb Fletcher adalah dua adik-beradik tiri yang tinggal bersama kakak mereka Candace Flynn dan ibu bapa mereka Linda Flynn dan Lawrence Fletcher hidup di bandar Danville, Illinois. Adik-beradik ini tidak puas hati kerana terpaksa menghabiskan cuti dalam bandar sahaja, maka mereka melakukan lagak-lagak yang pelik-pelik (seperti melawan sotong gergasi, mencari mumia, menyatukan semua kumpulan muzik, berlumba kereta, membina roller-coaster, dan sebagainya), agar menggempakkan lagi percutian mereka. Kakak mereka, Candace, sedar akan perbuatan mereka dan sering cuba merosakkan rancangan mereka dengan memberitahu ibu mereka agar pengembaraan Phineas dan Ferb ditamatkan. Tindakan Candace selalunya timbul atas rasa cemburu kerana dia tidak berpeluang untuk terlepas dari perbuatan-perbuatan sedemikian.
.
.
Haiwan peliharaan Phineas dan Ferb, Perry si Platipus, sebenarnya merupakan seorang perisik bernama "Ejen P". Biasanya, kemunculan pertama Perry dalam satu cerita adalah selepas seseorang (biasanya Phineas) perasan dia sudah hilang, lalu bertanya "Hey, where's Perry?". Selepas itu, babak beralih pandangan ke arah Perry yang memasuki pelongsor atau pintu rahsia yang membawanya ke suatu markas bawah tanah di mana dia menerima arahan melalui monitor, dari pihak atasannya Mejar Monogram (Jeff "Swampy" Marsh). Mejar Monogram kemudian menugaskan misi kepada Perry yang selalunya melibatkan Dr. Heinz Doofenshmirtz dan rancangan-rancangan jahatnya untuk menghuru-harakan masyarakat setempat.
.
.
Adakalanya, terdapat sub-plot yang berkenaan Candace di tengah cerita, biasanya melibatkan Candace bersembang atau berlepak bersama kawannya Stacy, ataupun cuba menawan hati jejaka pujaannya, Jeremy. Sub-plot sedemikian sering berjalin dengan bermacam-macan cubaan Candace untuk merosakkan pengembaraan adik-adiknya.


kalau nak join tengok , HAHA ade setiap hari kat Disney Channel.
6 pm ~ 7 pm :D

2 comments:

Pinky Pixie said...

alaaa, rumah takda astro. hukhuk

cik nelly said...

ahaha :D xdpt la nk tolongg :)