Wednesday, July 26, 2017

Mommy Journey | Eps 2

Alhamdulillah. Sejak-sejak ada anak ni, kehidupan dah banyak berubah. Senang cakap, berubah dia 360°. Sebab apa?

Kalau dulu--

Boleh bangun lewat.
Tidur lena tanpa gangguan.
Boleh rehat selepas masak senang lenang.
Boleh buat kerja siap sepantas unikorn.
Lebihan duit gaji bersepah.

Tapi, bila dah ada anak--

Tak adanya istilah bangun lewat lagi.
Setiap dua jam atau empat jam sekali akan bangun untuk susukan anak, tukar pampers. Lambat tukar, habis basah cadar.
Nak masak pun kelam kabut. Mana nak tengok anak, mana nak tengok dapur, mana nak siapkan dalam masa yang sangat terhad. Lelagi kalau guna blender masa anak tengah tidur. Bunyi aje blender tu, taraaaaaa. Someone is awake. Huh. 
Buat kerja pun kena buat sikit-sikit, memang ambik masa yang panjang even nak jemur kain baju pun. Anak dalam bilik tidur, jemur kain kat bilik belakang. Deria dengar seorang ibu ni sangat sensitif. Bunyi kipas pun rasa macam terngiang-ngiang suara anak nangis. Huhu.
Yang paling ketara- lebihan duit gaji tu lah untuk topup susu pampers tisu basah anak. Huhuhuhu.

Tapi, seronok ada anak ni. Allahu. Balik kerja penat-penat, anak nampak aje mommy dia, terus taknak dengan papa. Papa dukunglah macam mana sekali pun, tetap nak menangis meraung. Nah. Bila mommy ambik aje dia, terus ketawa-ketawa. Rindu mommy ye sayang?


Tahun lepas berdua, tahun ni Alhamdulillah bertiga. Tahun depan, inshaAllah berempat. Hihi.

Memang agak letih nak melayan ragam anak, tengah seronok dia main ketawa ketawa golek sana golek sini makan kaki makan tangan, tak lama lepas tu menangis pulak nak berbuai. Alahai anak manja mommy sorang ni..

Kadang-kadang rasa stress jugak. Anak nangis, susu tak nak, buai tak nak, tukar pampers pun masih menangis. Rupanya, perut kembung. Tak pun, memang sejenis anak yang manja nak peluk, nak dukung sentiasa. Nak sentiasa rasa disayangi, warm. Maklumlah, jumpa mommy dengan papa sehari berapa jam aje, mommy balik kerja dah malam. Anak pun dah mengantuk nak tidur. Allah-- semakin nanti anak membesar, harapnya anak takkan terasa terasing kurang perhatian dan kasih sayang. Risaunya rasa.

Days passed by. Naura pun dah enam bulan. Tak lama lagi nak masuk tujuh bulan. Awak membesar terlalu cepat sayang.....

Semoga terus membesar dengan sihat dan kuat sayang.. Perjalanan hidup kita masih panjang dan jauh lagi.

Mommy dengan papa akan selalu ada dengan Naura. Sampai akhir hayat.
Semoga Allah panjangkan usia kita, murahkan rezeki, permudahkan segala urusan kita, dan.. Satukan kita sebagai sebuah keluarga di syurga-Nya kelak. InshaAllah. Amin.


💋🌹



No comments: