Sunday, June 11, 2017

Mommy Journey | Eps 1

Alhamdulillah. Salam Ramadhan ke enam belas.

Semenjak jadi mommy ni, banyak masa dihabiskan dengan anak je. Suami duduk tepi. Mana taknya, masa suami nak perhatian, anak sehabis clingy dengan aku. Nak berkepit aje. Nak ngempeng aje. Langsung tak bagi peluang dekat papa dia. Hihik.

Masa aku cuti bersalin, pihak sekolah approved 70 hari sahaja cuti berbanding cuti bersalin normal 90 hari. Jadinya waktu tu anak memang nakkan perhatian mommy dia dua puluh empat jam dan tujuh hari seminggu. Bayangkan, dengan cuti hanya 70 hari. Anak masih kecil comel masih tegar menyusu badan asal terjaga dari lena. Asal lapar akan cari mommy. Nak ngempeng, nak tidur sambil menyusu badan. Bayangkan- bila dah kerja. Mana ada masa. Jadinya, anak dihantar ke pengasuh seawal usianya dua bulan lebih. Paling sedih bila anak REJECT botol dengan pacifier. Alahai. Memang menangis nak tinggalkan anak dalam keadaan macam tu. Rasa macam nak berhenti kerja. Nak jaga anak. Nak tengok anak membesar depan mata. 

Puashati-

Macam-macam mommy dengan papa usaha belikan botol susu untuk anak. Macam-macam jenis dan jenama. Asalkan anak nak minum susu melalui botol. Mommy dah cukup bersyukur. Bila cuba bagi botol, anak menangis tak nak macam kena cubit. Menangis lapar sampai tersedu-sedu sebab mommy paksa ajar anak minum guna botol. Mommy nak kerja sayangg... mommy pun tak sampai hati nak pisahkan susu badan dengan awak. Sumpah- masa ni memang sedih. Waktu-waktu paling mencabar mental mommy untuk jadi kuat macam Superman Batman John Wick.

Habis usaha-

Anak tetap reject botol dengan pacifier. Puas google tapi tak ada jaminan anak akan terima botol. Akhirnya- mommy mengalah. Tanya kawan-kawan dekat Facebook. How to handle the situation is. Alhamdulillah. Mommy dapat banyak feedback positif tentang botol susu untuk anak yang reject botol. Bagi botol nangis macam kena cubit padahal tak ada apa pun. Anak memang tak nak botol tu.

Botol susu ke-7.

Terima kasih rakan-rakan yang budiman dan baik hati kerana sudi berkongsi pengalaman dan pendapat tentang botol susu yang paling hotseller- selesaikan masalah anak reject botol susu sepantas ABC, semudah 123! Pertama kali mommy susukan anak pakai botol susu magik ni.., mommy menangis. Ya Allah. Gembiranya rasa, Allah je yang tahu. Semuanya untuk anak kesayangan buah hati intan payung mommy yang satu ni. Papa pun dah boleh tersenyum lebar. Dah boleh tidur lena.


No comments: