Friday, October 19, 2012

hilangnya kamu... :(

Assalamualaikum, selamat malam, salam sejahtera, selamat hari Jumaat.
malam nie terasa macam nak overnight, hm, kalau mampu lah gamaknya. rasa macam tak. mata ni dah berat betul rasanya. tinggal tunggu nak baring atas katil, peluk teddybear, pakai selimut, zzz. sekarang ni, letak kepala sekejap je pun, terus je terlelap. 




tadi, sikit lagi aku tak pergi kelas. sikit lagi. nasib baik lah roomate ada kelas yang sama. kalau tak, memang tak lah aku nak pergi kelas tadi. bangun tidur, aku terus siap-siap. tak basuh muka pun, just lap dengan wet tissue. hee, jauh nak jalan kalau nak cuci muka. malas. hari ni, sungguh, aku terasa sangat nak pakai satu baju ni. sangat-sangat nak pakai. then, sebelum pergi kelas tu, cari baju tu. selalunya aku hanger je, baju bunga-bunga aku.




*gambar sem lepas*



baju ni lah yang aku beriaaa sangat cari tadi.



baju ni, baru je aku pakai beberapa kali. dan menjadi salah satu koleksi baju bunga-bunga aku. aku memang suka pakai baju ala-ala gown ni. trademark aku, maybe. aku sayang baju ni, sebab masa beli tu, aku main ambik je lepas pilih-pilih. then, balik, tengok baju nie matched pulak dengan cardigan hijau lumut tuh. perfect match pulak tu! serious, aku suka baju ni.




hari tu, aku keluar dengan kawan, pakai baju nie, first time pakai untuk semester baru ni la katanyaa. sebab dah lama sangat tak pakai. pergi Queensbay, jalan-jalan. sampai nak patah tulang kaki. haha, penat gilos. tak sangka pulak, tu la last aku pakai. heh. hilang. yeah, baju tu hilang kat ampaian. bila dia hilang, aku tak pasti. ye memang salah aku. aku cuai. tak jaga barang dengan baik. tapi, nie lah pertama kali aku hilang barang. aku tak tuduh sesiapa. 







aku just terkilan. ini bukan zaman asrama lah nak curi-curi baju bagai. nie dah kat universiti dah kan. tak mampu, janganlah mencuri. kalau nak, cakap. InsyaALLAH aku boleh bagi pinjam. sebab, kalau kau pinjam, kau mesti pulang semula. yang penting, kau dah merasa pakai baju aku yang gorgeous ni. hehe. nie tak. kau ambik terus. kau ambik sampai bila-bila.




YALAH, aku memang beli baju tu pakai duit jutariaa kan? tu yang kau main suka-suka rembat barang aku. sebab kau, dah kurang dah koleksi baju bunga-bunga aku. ouh, betapa terseksanya jiwa dan raga, mesti malam nie tak boleh tidur dengan nyenyak sebab memikirkan tentang baju yang satu itu. sedihnya hati :'(




 





last day with you my dear bunga-bunga. I am so sorry.............. :( takpe takpe, satu pergi, sepuluh akan datang. heh, geram! aku harap, satu hari nanti, baju tuh balik semula kat aku. ya? aku tunggu. sampai bila-bila pun aku tetap tungguuuu. gambar jadi teman pengganti. ecece, feeling hilang baju dah macam feeling hilang kekasih hati lah gamaknya. 





thanks for reading!
nunite babes.







2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

xper..baju boleh di carii....:)

LiaNelissa said...

setiap baju ada sentimental value dia yg tersendiri ... :)